Pelakon, Ika Nabella ada berkongsi cerita bersama pengikutnya menerusi akaun Instagram, baru-baru ini.
Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abd Rahim meluahkan rasa syukur kerana tidak lagi berhutang dengan orang lain selama 12 tahun.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini lebih selesa untuk berusaha cari rezeki atas usaha sendiri.
“Cargaaassss! Cargas! Jom cari duit. Yang dah kaya raya, mak bapak jutawan, laki hartawan tu takpa tu rezeki depa hidup dlm kemewahan.
“Kita hat biasa2 ni usaha kena lebih sikit naaaa, ukur baju di badan sendiri.
“Peringatan utk diri sendiri yg serba serbi sederhana. Nikmat betul lah 12 tahun dah tak mintak duit orang, tak berhutang.
“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya menerusi foto yang merakamkan dirinya yang tetap melakukan pam susu meski sedang ditatarias.
Terdahu, Ika mulai serius dalam seni selepas menjadi salah seorang peserta program realiti, Akademi Fantasia musim keenam.
Dia kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zaid Aznam pada 30 Julai 2016 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki pada 23 Oktober lalu.
Foto: Instagram Ika Nabella