Rezeki nyata berpihak kepada penyanyi Ning Baizura apabila buat pertama kali, dia berjaya meraih markah tertinggi mingguan menerusi saingan minggu kesembilan Gegar Vaganza 11 (GV11), malam tadi.

Ning Baizura yang menyampaikan lagu popular dari Hikaru Utada, First Love dan Kisah Hati (duet dengan Sheila Abdul) menerima markah sebanyak 73.17% sementara Liza Aziz berada di posisi kedua hanya dengan perbezaan markah 0.01%.

Ning Baizura Anugerah Terpaling Adabi

Kemenangan itu sekali gus memberikan Ning membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000 dan barangan Adabi sebanyak RM500.

Menerima komen baik daripada Ramlis MS, tempat ketiga pula menjadi milik Zehra Zambri dengan 71.04%.

Ads

Berikut ialah markah semua peserta yang masih lagi tinggal mengikut kedudukan dan seterusnya layak untuk meneruskan saingan ke suku akhir, Ahad depan.

Ning Baizura Nombor Satu Dengan 73.17% Beza 0.01% Dengan Liza Aziz, Hujung-Hujung Tiada Tersingkir & Semua Mara Ke Suku Akhir GV11 Ning Baizura Nombor Satu Dengan 73.17% Beza 0.01% Dengan Liza Aziz, Hujung-Hujung Tiada Tersingkir & Semua Mara Ke Suku Akhir GV11 Ning Baizura Nombor Satu Dengan 73.17% Beza 0.01% Dengan Liza Aziz, Hujung-Hujung Tiada Tersingkir & Semua Mara Ke Suku Akhir GV11 Ning Baizura Nombor Satu Dengan 73.17% Beza 0.01% Dengan Liza Aziz, Hujung-Hujung Tiada Tersingkir & Semua Mara Ke Suku Akhir GV11 Ning Baizura Nombor Satu Dengan 73.17% Beza 0.01% Dengan Liza Aziz, Hujung-Hujung Tiada Tersingkir & Semua Mara Ke Suku Akhir GV11

Cabaran ‘RockDut’

Seperti yang tertera, Sheila Abdull, Ronnie Hussien dan Fairuz Selamat kurang bernasib baik minggu ini kerana berada di kedudukan tiga terbawah.

Ads

Namun Fairuz boleh menarik nafas lega selepas tiada penyingkiran diumumkan semasa segmen Ada Lagu, Ada Lagi.

Minggu hadapan, kelapan-lapan peserta akan menyahut cabaran tema ‘RockDut’ dengan menyanyikan lagu medley bergenre Rock dan Dangdut.

GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.

Ads

Kesemua peserta diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Foto: Astro (Azrul Rafie)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI