Umpama harapkan pegar, pegar makan padi, inilah pepatah yang sesuai diungkapkan saat mendengar kisah yang terjadi kepada Nirina Zubir sekeluarga. Harta milik arwah ibu mereka, Cut Indria Marzuki yang telah meninggal dunia pada November 2019 disyaki telah digelapkan oleh pembantu rumah.

Isu ini timbul apabila abang kepada Nirina, Fadhlan Karim teringat mengenai harta yang pernah dikatakan hilang oleh ibunya pada tahun 2017.

Nirina Zubir Menangis, Pembantu Rumah Disyaki Menggelapkan Harta Arwah Ibu Bernilai RM4.9 Juta
Sumber gambar: Tribun News/ Bayu Indra Permana

Menurut Fadhlan dalam satu sidang media yang diadakan bersama pihak media pada 17 November 2021, “Jadi pada tahun 2017, ibu saya pernah memberitahu yang  aset-aset dari failnya hilang. Apabila saya tanya, ibu berkata yang sudah ada yang menguruskannya, Riri yang urus.”

Riri Kasmita merupakan pembantu rumah yang menguruskan segala hal sebelum kematian ibu mereka. Kemudian setelah ibu mereka meninggal, dia bertanya kepada Riri tentang keberadaan fail-fail aset yang ditinggalkan arwah. Pembantu rumah tersebut menjawab perkara tersebut sedang diuruskan dan mereka pun kembali seperti biasa, dengan jangkaan semuanya akan berjalan lancar.

Namun setelah beberapa ketika selepas ibu mereka meninggal dunia, mereka sekeluarga berkumpul dan teringat mengenai harta yang dimiliki oleh ibu mereka.

Nirina Zubir Menangis, Pembantu Rumah Disyaki Menggelapkan Harta Arwah Ibu Bernilai RM4.9 Juta
Nirina bersama arwah ibunya. Sumber: Instagram Nirina Zubir

Kongsi Fadhlan lagi, “Kemudian kami bersama-sama bertemu dengan Riri. Meminta dia menghantar ke notari awam yang menguruskan fail-fail tersebut. Apabila kami kesana, pihak pejabat memberi penjelasan yang arwah ibu kesana untuk menguruskan fail tersebut. Jelas mereka lagi, ibu ditemani oleh dua orang. Kami terus menyiasat dan mengesyaki bahawa harta ibu telah digelapkan.”

Ads

Setelah itu pembantu rumah tersebut menyerahkan kembali aset yang berupa sijil tanah yang telah selesai diuruskan. Kecurigaan mereka bertambah apabila sijil tersebut didapati tidak memiliki kod bar. Setelah diperiksa dengan Badan Pertanahan Nasional, ternyata sijil tersebut merupakan sijil palsu.

Nirina Zubir Menangis, Pembantu Rumah Disyaki Menggelapkan Harta Arwah Ibu Bernilai RM4.9 Juta
Nirina dan keluarganya di sidang media kes. Sumber gambar: Tribun News/ Warta Kota – Arie Puji Waluyo

Apabila telahan mereka didapati benar, Fadhlan dan adik beradiknya termasuk Nirina mengambil masa selama tujuh bulan untuk mengumpul bukti penyelewengan yang dilakukan oleh pembantu rumah arwah ibu mereka itu. Setelah mendapat bukti yang kukuh, mereka sekeluarga melaporkan kes tersebut ke Polis Daerah Metro Jaya.

“Kemudian penyiasat menjalankan siasatan dibantu pasukan anti-mafia tanah dari Polis Daerah Metro Jaya, lima bulan kemudian pihak polis menamakan Riri, Edrianto, dan Faridah sebagai suspek. Setelah disoal siasat Sabtu lalu (13/11/2021), Riri, Faridah, dan Edrianto terus ditahan. Ada dua lagi suspek yang akan disoal siasat.” jelasnya.

Ads

Nirina Zubir Menangis, Pembantu Rumah Disyaki Menggelapkan Harta Arwah Ibu Bernilai RM4.9 Juta

Sementara itu, pelakon yang terkenal dengan cerita My Heart dan terbaru Ali & Ratu-Ratu Queens, Nirina Zubir berkongsi, “Setelah dia (Riri) kononnya menguruskan surat tersebut, rupa-rupanya surat tersebut telah disalah guna dengan menukar nama pemilik. Ada enam sijil tanah yang yang disyaki telah digelapkan olehnya. Dua darinya telah dijual dan baki empat lagi sudah digadai kepada pihak bank.

“Diam-diam sijil tanah itu ditukar kepada nama mereka. Mereka menjual harta tersebut dan hasil wang digunakan untuk membuka cawangan perniagaan ayam sejuk beku yang pada saat ini sudah memiliki lima cawangan.”

Ads

Aktres tersebut sangat kesal dengan apa yang terjadi kepada harta milik ibunya. Menurutnya lagi, jumlah nilai kesemua tanah tersebut lebih kurang 17 miliar rupiah ataupun jika ditukar ke mata wang Malaysia sebanyak RM4.9 juta. Menurut sumber, dia dilihat menitiskan air mata saat berkongsi kisah tersebut. Dia turut berterima kasih kepada pihak polis yang pantas bertindak dalam kes ini.

Sumber: (1), (2), (3)

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI