Sejak minggu lalu, laman media sosial khususnya Instagram dipenuhi dengan netizen yang mencuba #KekeChallenge termasuklah selebriti.
Mungkin ‘jemu’ melihat terlalu ramai yang mencuba cabaran itu, pelakon, Datin Seri Umie Aida menyuarakan pendapatnya mengenai perkara tersebut.
“Depa dok sibuk dengan #KekeChallenge naik rimas saya tengok. Tak nak pula buat *hikingchallenge.
“No more keke challenge please, buka Instagram semua dengan #KekeChallenge. Hmmm…cuba lah buat #challenge yang mencabar minda dan fizikal. #peace #positivevibe,” tulisnya.
Ternyata ramai yang bersetuju dengan pendapat Umie itu.
Namun begitu, ada juga yang ingin menyahut cabaran Umie untuk melakukan #hikingchallenge itu.
Pada MH, memanglah bila buka saja media sosial ada keke challenge ini tapi kita kena faham bahawa ia hanyalah satu trend, lambat-laun akan hilang juga.
Apa-apapun, nasihat MH kepada mereka yang melakukan cabaran keke ini agar berhati-hati dan jaga keselamatan diri.
Foto: Instagram Umie Aida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI