“No More Kerja Berat Angkat Sofa Lagi,” – Masuk Hospital 4 Hari, Nadya Syahera Doa Bayi Dalam Perut Terus Sihat

Share

Pelakon dan pengacara, Nadya Syahera mendedahkan dirinya telah menerima rawatan di hospital sejak Ahad lalu berikutan berlakunya pendarahan pada kandungannya.

Menurut Nadya, doktor telah pun memaklumkan kepadanya untuk bersedia menjalani prosedur bersalin pada bila-bila masa sahaja.

Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini dapat menarik nafas lega selepas keadaan kandungannya kembali stabil dan tidak perlu dikeluarkan terlalu awal.

“Empat hari berdebar risau semua cukup. But Alhamdulillah Allah sebaik-baik perancang.

“Emergency ke hospital disebabkan bleeding teruk hari Ahad, doctor cakap kemungkinan boleh bersalin awal sebab bleeding dan ada contraction. Kena ready anytime je.

“Tapi tetap berdoa untukbaby terus kuat stay sampai dia betul-betul matang baru lah lahir. Alhamdulillah Allah makbul doaku. Syukur,” tulis Nadya dalam Instagramnya sebenarnya tadi.

Malah, Nadya turut telah dibenarkan pulang dan dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja berat sepanjang tempoh hamil.

Dikesempatan itu juga, selebriti yang popular menerusi program Opocot Melatah ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dirinya dan bayi didalam kandungan.

“Now baby 35 weeks, keadaan dia okay and takde simptom yang membahayakan. Kemungkinan False Labour lah haritu. Nervousss!

“Harini discaj dah and still kena monitor pergerakan baby dekat rumah. InsyaAllah doakan baby and I baik-baik saja tau. Baby kasi chance mama duduk relax dulu dekat rumah. Okay promise.

“No more kerja berat angkat sofa lagi ye. Harap baby nombor tiga terus sihat sampai betul-betul kuat untuk dilahirkan. Ameen. Thank you semua yang mendoakan kami,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa risau selain turut menasihati Nadya agar lebih berhati-hati lagi selepas ini.

“Alhamdulillah, take care sis.

“Alhamdulillah, semoga baby dengan you sihat dan selamat serta dipermudahkan segala urusan.

“Jangan banyak gerak Nad. Duduk rumah yang ada orang jaga. Jangan duduk sendiri. Bahaya.

“Alhamdulillah, jumpa baby nombor tiga nanti,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Untuk rekod, Nadya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hafizul Nawi pada 25 September 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu menimang dua orang cahaya mata, Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Nadya Syahera

Published by
Aizam Manaf