Suami kepada pelakon, Mawar Rashid, Raf Yaakob meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana telah memudahkan segala urusan isterinya sewaktu melahirkan cahaya mata ke-dua baru-baru ini.

Menurut Raf, dia menyifatkan isterinya itu sebagai seorang wanita yang kuat kerana berjaya melahirkan bayi perempuan mereka secara normal tanpa sebarang komplikasi.

 “Baby Rose @rossabellacinta fresh from oven. My Lady @mawarashid, you’re such a strong mommy. You endure the labour pain so well. No epidural, no pain killer and no laughing gas whatsoever. NATURAL,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh adik kepada pelakon dan chef selebriti, Fazley Yaakob itu menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Raf turut menjelaskan dia berasa sangat bertuah kerana dikurniakan isteri yang sangat baik buat dirinya dan juga anak-anak.

“You got what you always wanted. A pure natural birth, just like when you had with Rafael. I’m so proud of you tau.

“Anje, you’re such a good wife to me and perfect mom to all my 4 Radens. Allah Swt Maha Mengetahui dan Maha Adil. Syukur Alhamdulillah, Allah Swt permudahkan semuanya,” katanya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakkan Raf yang sentiasa menghargai setiap jasa dan pengorbanan isterinya selama ini.

“No Pain Killer & No Laughing Gas, Natural…,”- Mawar Rashid Bersalin Secara Normal, Suami Dedah Cerita “No Pain Killer & No Laughing Gas, Natural…,”- Mawar Rashid Bersalin Secara Normal, Suami Dedah Cerita “No Pain Killer & No Laughing Gas, Natural…,”- Mawar Rashid Bersalin Secara Normal, Suami Dedah Cerita

IKLAN

Terdahulu, anak kedua Raf dan Mawar ini telah selamat dilahirkan pada tanggal 3 Januari lalu dan telah diberi nama Raden Seri Rossabella Cinta.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan cahaya mata sulung, Raden Muhammad Rafael yang kini hampir mencecah usia 2 tahun.

Sumber: Instagram Raf Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI