Isteri kepada pelakon, Nazrief Nazri iaitu Aziatul Aqma berkongsi khabar mendukacitakan selepas memaklumkan anaknya yang kini baru berusia dua bulan telah pun disahkan positif wabak Covid-19.
Khabar mengejutkan itu dikongsikan sendiri oleh Aqma menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.
Menurut Aqma, pada awalnya, dia dan suami hadir ke hospital untuk menjalankan proses berkhatan untuk anaknya namun, prosedur tersebut terpaksa ditangguhkan akibat jangkitan wabak berkenaan.
“Suppose to do circumcision today for Noah buat sadly my Noah disahkan positif Covid-19. Qema dan husband negative.
Ads
“Noah kuat sangat. Buat PCR semalam tak menangis langsung sampai doktor pun pelik and noah takde simptom just berkahak sikit je.
“And still my Noah tak meragam or menangis. Mommy je yang menangis bila dapat tahu,” tulisnya.
Bagaimanapun, Aqma yang juga merupakan usahawan memaklumkan dia dan suami negatif wabak tersebut.
Ads
Dalam pada itu, Aqma turut menegur beberapa individu yang didakwa tidak menitik beratkan mengenai soal prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.
“Doakan Noah cepat sihat ye Aunty. Lepas tu nak pesan, nurse kalau jalankan tugas, please follow SOP. Saya faham nurse geram dengan Noah tapi situation sekarang bukan masa untuk geram dan gomol baby sesuka hati.
“Tak cukup dalam bilik, dekat counter nak bayar bills pun nurse datang pegang-pegang Noah. Nasib mommy cepat-cepat buat muka ‘bitchy’ time tu. Rasa nak ikat nurse dekat pokok ada kerengga je sekarang ni,” luahnya lagi.
Ads
Dikesempatan itu juga, Aqma memohon jasa baik semua untuk sama-sama mendoakan agar anaknya itu lekas sembuh.
Terdahulu, Aqma telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada tanggal 21 Julai lalu.
Dia dan Nazrief mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 15 November 2019.
Sumber: Instagram Aziatul Aqma & Nazrief Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Syarikat produksi dari Indonesia, Film Maker Muslim (FMM Studios) dengan kerjasama PPA Institute dan Pejuang Subuh telah menghasilkan sebuah filem Islamik tentang perkahwinan tanpa rela berjudul Perjalanan Pembuktian Cinta.
Filem itu telah diadaptasi daripada sebuah novel best seller dengan tajuk yang sama karya penulis Nusaibah Azzahra yang mendapat sambutan hangat di negara berkenaan.
Menariknya, karya yang dipaparkan itu adalah kisah benar yang telah dilalui sendiri oleh penulis berkenaan apabila dia telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri.
Pengarah Urusan D’ Ayu Pictures, Datuk Rosmarayu Mokhtar selaku pengedar filem tersebut untuk tayangan di Malaysia berkata, pihaknyaberminat membawakan filem Perjalanan Pembuktian Cinta ke Malaysia kerana ia menawarkan sesuatu yang unik dan segar dalam genre filem Islamik romantik.
“Dengan jalan cerita yang memberi inspirasi tentang kekuatan wanita mengharungi cabaran hidup, filem ini dijangka mampu menyentuh hati penonton dan memberi pengajaran bermakna. D’Ayu Pictures berbangga membawa karya istimewa ini untuk tontonan penonton Malaysia.
“Tarikan filem ini terletak pada kisah benar yang diangkat, watak-watak yang menyerlah dan alur cerita yang tersusun indah. Gabungan elemen komedi dan drama dan juga latar belakang nilai keagamaan yang seimbang bakal mengadun emosi penonton.
“D’ Ayu Pictures sudah pasti menyokong kelainian filem ini kerana ia menyaksikan sebuah kisah cinta dan nilai murni agama digabungkan dengan agung yang bakal menyentuh jiwa penonton,” ujarnya.
Perjalanan Pembuktian Cinta menceritakan tentang seorang penghafaz Al-Quran, Fathia menempuh rintangan hidup apabila dipaksa berpoligami oleh ayahnya sendiri dan berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya.
Diarahkan oleh M. Amrul Ummami, filem tersebut dibintangi ramai pelakon hebat seperti Dea Annisa, Teuku Ryan, Muzakki Ramdhan, Donny Damara, Elma Theana dan ramai lagi.
Mengenai sambutan di Indonesia pula, Rosmarayu memberitahu penerimaan penonton di sana luar biasa, meskipun ditayangkan semasa bulan Ramadan.
“Respons hebat penonton Indonesia membuktikan filem ini berjaya mengusik jiwa semua lapisan masyarakat. Kini, giliran penonton Malaysia pula untuk menghayati karya seni bernilai ini.
“Sudah tentu saya meletakkan harapan tinggi agar filem ini turut mendapat sambutan baik. Namum, saya juga melihat dari sudut jalan ceritanya yang sememangnya memberikan banyak mesej-mesej positif serta pemahaman yang lebih mendalam tentang cara mengenali diri,” jelasnya.
Sementara itu, M. Amrul selaku pengarah berkata, Perjalanan Pembuktian Cinta menampilkan jalan cerita yang unik berbanding filem-filem genre yang sama.
“Perjalanan Pembuktian Cinta diadaptasi daripada sebuah novel yang ditulis seorang penghafal Al-Quran, yang mana ia adalah kisah benar penulis itu sendiri dan itu adalah keistimewaan tentang filem ini.
“Jalan cerita yang dipaparkan akan membuatkan penonton akan lebih memahami lebih dekat dengan mesej-mesej yang terkandung dalam jalan cerita filem ini bagi menempuhi kehidupan seharian,” ujarnya.
Sudah ditayangkan di Indonesia sejak 7 Mac lalu, Perjalanan Pembuktian Cinta akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 20 Jun ini.
Perjalanan Pembuktian Cinta mengisahkan tentang seorang penghafal atau Hafidzah Al-Quran iaitu Fathia (Dea Annisa) dan Raehan (Teuku Ryan) yang saling menyukai antara satu sama lain.
Bagaimanapun, Fathia terpaksa menjauhkan dirinya daripada Raehan atas kepatuhan kepada agama.
Pada masa sama, ayah Fathia juga telah memaksa dia untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia dan sudah beristeri. Berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai dan terpaksa berpoligami membuatkan kehidupan Fathia menjadi lebih sukar.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Comelnya Khaleeda. Macam mommy dia muka dan senyumannya.
“Comelnya Khaleeda. Semoga membesar dah menjadi anak solehah. Amin.”
“Rupa mama dialah.”
“Alaaa omey!! Dah boleh senyum ya dia.”
“Ya Allah comel sungguh alhamdulillah. Semoga membesar menjadi anak solehah.”
“Banyak muka ibunya ya…”
Itu antara komen yang ditinggalkan wargamaya.
Terdahulu, di dalam perkongsian sebelum ini, Fizo akui air mata jantannya gugur saat melihat orang tersayang menahan sakit dan bertarung nyawa melahirkan zuriat.
Tidak terhenti di situ, dia memberitahu air matanya sekali lagi gugur apabila melihat bayi perempuannya buat pertama kali selepas dilahirkan.
Perasaan terus bertukar gembira, sedih dan sebak ketika pertama kali melihat anak yang dinanti-nanti selama ini.
Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang dan Fazeera melahirkan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Tom mendakwa suaminya yang juga penyanyi, Fuad Rahman pernah menerima mesej daripada wanita asal Singapura yang kini mencuri perhatian, Sarah Yasmine.
Wanita itu sebelum ini mendakwa dia pernah bergelar kekasih kepada suami Bella Astillah, Aliff Aziz sejak Januari lalu.
Menurut Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, Sarah didakwa kerap cuba menghubungi Fuad kerana dikatakan mahu meminta pertolongan berkenaan seorang kenalan.
“Alamak kenapa pula Sarah Yasmine ini mesej (DM) laki aku? Fuad bagitahu saya, dia mendapat mesej daripada Sarah dan dia telefon banyak kali.
“Kepada Sarah Yasmine, kami tidak mahu masuk campur dalam segala hal yang sedang terjadi dan viral ketika ini. Kami ada masalah kami sediri,” katanya.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Tom menerusi hantaran terkini di Instagram.
Menerusi hantaran sama, bekas peserta Gegar Vaganza 9 ini turut mendedahkan mesej yang pernah dihantar Sarah di ruangan mesej peribadi Fuad di Instagram.
Tidak mahu masuk campur atas apa-apa hal, Tom meminta Sarah untuk tidak lagi mengganggu suaminya selepas ini.
“Baju pun tak berlipat lagi. Kami ada banyak masalah sendiri yang kami sendiri pun sakit kepala nak uruskan.
“Saya dan Fuad tidak mahu terlibat dalam hal orang lain. Berhenti mesej dan telefon suami saya. Ini amaran daripada saya. Tolonglah,” katanya lagi.
Menerusi teks yang dikongsikan, Fuad dilihat tidak pernah membalas mesej yang dihantar Sarah.
Terdahulu, sejak semalam, Sarah Yasmine sekali lagi mencuri tumpuan apabila mendedahkan beberapa lagi bukti perbualan dipercayai Aliff Aziz dan Ruhanies yang tertera inisial (NRF) menerusi aplikasi WhatsApp.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik, Sarah memaklumkan, tindakannya itu adalah berpunca dari sikap Ruhainies yang telah didakwa telah berbohong kepadanya.
Sebelum ini, Sarah tampil membuat pengakuan mendakwa dirinya menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak awal tahun ini.
Sementara, pada 8 Mac lalu dunia hiburan dikejutkan dengan laporan mengenai Ruhainies dan Aliff yang telah diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di kediaman mewah aktres berkenaan di ibu negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel akui teruja apabila berpeluang untuk mengadakan program berbuka puasa dan beramah mesra bersama pihak media yang berlangsung di St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur, baru-baru ini.