Program realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV) masih lagi unggul apabila menjadi rancangan hiburan popular dengan tontonan kira-kira 6.11 juta di negara ini.

Malah, capaian baik tersebut turut boleh ditinjau menerusi keberadaan tanda pagar (hashtag) #GegarVaganza yang menggungguli tangga teratas carta trending setiap minggu menerusi Platform X (Twitter).

‘Nombor Syatu!’ ASGV Program Hiburan Paling Popular, Capai 6.11 Juta Tontonan‘Nombor Syatu!’ ASGV Program Hiburan Paling Popular, Capai 6.11 Juta Tontonan

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata;

“Kami melihat peningkatan dari segi tontonan All Stars Gegar Vaganza pada setiap minggu. Terutama pada minggu duet, sambutan yang diterima dalam kalangan peminat dan juga penonton sangat menggalakan.

Ads

“Selain itu, maklum balas di media sosial juga positif, menjadikan All Stars Gegar Vaganza trending setiap kali bersiaran.

“Justeru, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton kerana menjadikan All Stars Gegar Vaganza sebagai rancangan pilihan nombor satu rakyat Malaysia,” katanya, petik Gempak.

Minggu lalu, ASGV yang mengangkat tema duet menjadi bualan peminat dan pengguna media sosial apabila persembahan bintang bertanding dimeriahkan dengan sokongan barisan ikon muzik tanah air.

Ads

ASGV masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional.

Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.

Program yang telah sampai ke musim ke-10 ini dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, serta diserikan oleh Elly Mazlein pada minggu pertama hingga ketiga.

Ads

Bintang yang masih bertanding menerusi All Stars Gegar Vaganza termasuklah Azharina, Aliff Aziz, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Naqiu, Hady Mirza, Ayai Illusi, Liza Hanim, Nikki Palikat, Tomok, Ezad Lazim dan Zamani.

ASGV berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI