Pelakon, Jasmine Suraya Chin ada memuat naik satu rakaman video di akaun YouTube miliknya, beberapa bulan lalu.
Menerusi rakaman video tersebut, Jasmine dilihat ada belajar cara untuk mengenakan tudung dengan betul bersama rakan pelakon, Mira Filzah.
“Hi guys, dalam satu scene drama baru Jasmine, Jasmine kena belajar pakai tudung.
“Mujur ada Mira Filzah nak tolong tunjuk ajar bagaimana nak pakai tudung.
“Nampak cantik tak korang? Jangan lupa ‘Like’ and ‘Subscribe’ to my channel guys. Jasmine akan post banyak lagi video!,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen pada entri berkenaan berkenaan, rata-rata memuji semangat dan inisiatif dengan cara bintang Adellea Sofea itu yang cuba menutup aurat dengan baik.
“Non muslim pon excited nk pkai tudung Alhamdulillah,” itu antara reaksi salah seorang peminat.
Bukan itu sahaja, rakaman video tersebut telah meraih lebih 400,000 tontonan di platform berkenaan sehingga kini.
Seperti sedia maklum, Jasmine merupakan seorang pelakon berbangsa Cina dan mulai terlibat dalam lakonan lebih tujuh tahun lalu.
Video: YouTube Jasmine Suraya Chin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dapat Atau Tidak, Saya Tolak Tepi,” – Liza Hanim Akhirnya Ungguli Trofi AIM Selepas 25 Tahun Tunggu
Penyanyi popular, Liza Hanim terharu apabila akhirnya berjaya meraih dua trofi pada penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), malam tadi selepas hampir 25 tahun penantian.
Dua trofi yang dimenangi itu adalah Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu dan Runut Bunyi Terbaik Dalam Filem/Drama menerusi lagu duet dengan Shila Amzah berjudul Bahagiakan Dia.
Menurut Liza, kejayaan yang diraihnya ibarat mimpi dan bersyukur dapat memegang trofi yang diidamkan selama bergelar penyanyi.
“Saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi setiap kali hadir ke AIM. Dapat atau tidak saya tolak tepi fasal rezeki, ini Allah sudah tentukan. Tambahan pula, saya buat persembahan, jadi lebih beri keutamaan untuk memastikan segalanya berjalan lancar.
“Tapi apabila kali ini meraih dua anugerah saya akui perasaan itu sangat berbeza. 25 tahun saya tunggu nak pegang trofi ini dan ia adalah kejayaan kali pertama saya di AIM.
“Bagi saya, segala pengiktirafan akan datang apabila tiba waktunya. Alhamdulillah juri berasakab lagu ini layak diberi penganugerahan,”katanya.
Tambah Liza, dia juga tidak mampu menipu diri apabila pernah ‘mempersoalkan’ kenapa namanya tidak pernah melekat untuk sebarang trofi pada penganjuran itu sebelum ini.
“Tipulah kalau tidak ada persoalan yang bermain di fikiran, tapi saya reda dan anggap pencalonan untuk Top 5 juga sudah terbaik.
“Cuma apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu, saya rasa penantian selama ini terubat.
“Siapa yang kenal saya pasti tahu diusia yang masih muda saya pernah dicalonkan dalam kategori Artis Baharu, kemudian beberapa kategori lain sampaikan pencalonan ini saya sekadar nak bergembira di AIM, tapi malam ini syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dengan Nama Allah, Aku Sertai Industri Hiburan Untuk Keluarga,” – Masuk Program Realiti, Anak Norman Hakim Ada Misi Peribadi
Diperkenalkan sebagai salah seorang peserta bagi program realiti terbaru, Fit For Action, anak kepada pelakon popular, Norman Hakim, Danish Hakim mempunyai misi peribadi untuk menceburkan diri di dalam industri seni.
Menurut Danish, selain membanggakan kelurga, dia juga mahu menyuntik unsur-unsur agama di dalam bidang yang sememangnya sudah mengalir di dalam darah keluarganya itu.
“Dengan Nama Allah, aku menyertai industri hiburan ini untuk keluarga. Mengekspresi diri sendiri samada dari segi bright side mahupun dark side.
“Menggunakan ilmu martial arts serta sukan-sukan merbahaya/berisiko melalui platform ini.
“Membina personal branding sebagai inspirasi kepada adik beradik dan generasi rakan sebaya serta membawa unsur-unsur islamic+urbanic ke dalam bidang ini,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Danish menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Danish turut memanjatkan doa agar tingkah lakunya sentiasa dilindungi dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
“Demi reda Engkau, ibu-ibu bapa-bapaku, aku mohon janganlah sesekali Engkau serahkan aku pada diriku sendiri dalam segala urusan terutamanya dari segi menjaga solat 5 waktu sehari semalam dan juga batas-batas tertentu yang lain-lain sebagai seorang Muslim.Aamiin,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan selamat buat Danish.
“All the best and good luck.
“Barakallah. Selamat maju jaya.
“Semoga dipermudahkan segala urusan Bang Long.
“MasyaAllah, buat yang terbaik. Letakkan niat yang baik.
“Teruskan memberi inspirasi,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar info, selain Danish, perkahwinan Norman dengan bekas isterinya Abby Abadi pada 2002 turut dikurniakan Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Danish Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Ada Isu Pun, Saya Hanya Bercakap Bersama Isteri Di Rumah,” – Amar Baharin Bukan Jenis Yang Ekspres Semua Benda Di Media Sosial
Pelakon Amar Baharin mengakui memilih untuk terus fokus dalam kerjaya yang dilakukan sekarang, berbanding memikirkan mengenai soal kecaman atau mencipta ‘marketing viral’ di media sosial.
Menurut Amar,35, dia selesa dengan cara tersebut dan hanya bersembang mengenai isu viral yang berlaku bersama isteri yang juga pelakon, Amyra Rosli di rumah.
“Saya suka buat hal sendiri, tak suka campur hal orang atau nak terjebak dalam benda yang viral. Kalau ada isu pun, kadang-kadang saya hanya bercakap mengenainya bersama isteri saja di rumah.
“Saya bukan jenis suka ekspresikan semua perkara di media sosial. Jadi kalaulah ada orang yang mengecam saya, saya tak kan buat apa-apa pun.
“Nak marah atau maki pada orang yang kecam itu pun, bini saya sajalah yang dengar. Saya tak suka nak dapatkan publisiti yang sedemikian,” katanya.
Amar ditemui pada pelancaran kempen Ramadan Astro, Buka Lembaran Baharu di Bukit Jalil, baru-baru ini.
Bapa kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan, isu viral yang melibatkan seseorang selebriti biasanya hanya bersifat sementara.
“Kalaulah semua selebriti anggap perkara viral itu perlu, ertinya bahagian yang kata ia ‘tidak perlu’ tu saya sajalah.
“Bagi saya, mereka mungkin akan dapat perhatian bila ada isu viral melibatkan diri mereka, tapi ia mungkin tidak akan bertahan lama,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Amar kini sibuk di lokasi penggambaran drama rantaian 65 episod, Hati Yang Dikhianati, naskhah adaptasi siri telenovela, Mis Tres Hermanas yang cukup popular pada 2000.
“Drama ini bakal bersiaran pada 12 April jam 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat menerusi slot Tiara di Astro Prima. Ia 80 peratus sama dengan cerita asal, tetapi watak kami sedikit berbeza seiring dengan budaya kita.
“Saya pegang watak Santiago (Zuhri Elyas). Drama ini pernah menjadi fenomena sewaktu ia ditayangkan di seluruh dunia. Saya tidak rasa tertekan bila nak bawakan watak tersebut, cuma ia lebih kepada perkongsian bahawa satu ketika dulu ada sebuah drama menarik yang mungkin ada yang tak berkesempatan untuk tonton.
“Sekarang peluang kepada generasi baru untuk tahu serba sedikit mengenai sebuah kisah yang popular di negara ini,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI