Pelakon, Jasmine Suraya Chin ada memuat naik satu rakaman video di akaun YouTube miliknya, beberapa bulan lalu.

Menerusi rakaman video tersebut, Jasmine dilihat ada belajar cara untuk mengenakan tudung dengan betul bersama rakan pelakon, Mira Filzah.

“Hi guys, dalam satu scene drama baru Jasmine, Jasmine kena belajar pakai tudung.

“Mujur ada Mira Filzah nak tolong tunjuk ajar bagaimana nak pakai tudung.

IKLAN

“Nampak cantik tak korang? Jangan lupa ‘Like’ and ‘Subscribe’ to my channel guys. Jasmine akan post banyak lagi video!,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen pada entri berkenaan berkenaan, rata-rata memuji semangat dan inisiatif dengan cara bintang Adellea Sofea itu yang cuba menutup aurat dengan baik.

IKLAN

“Non muslim pon excited nk pkai tudung Alhamdulillah,” itu antara reaksi salah seorang peminat.

“Non Muslim Pun Excited Nak Pakai Tudung,” – Ramai Teruja Jasmine Suraya Belajar Pakai Hijab Dengan Mira Filzah “Non Muslim Pun Excited Nak Pakai Tudung,” – Ramai Teruja Jasmine Suraya Belajar Pakai Hijab Dengan Mira Filzah

IKLAN

Bukan itu sahaja, rakaman video tersebut telah meraih lebih 400,000 tontonan di platform berkenaan sehingga kini.

Seperti sedia maklum, Jasmine merupakan seorang pelakon berbangsa Cina dan mulai terlibat dalam lakonan lebih tujuh tahun lalu.

Video: YouTube Jasmine Suraya Chin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI