Uncategorized

Nonny Nadirah Sedih Dituduh Tak Peduli Tengok Bapa Meninggal Dunia?

Share

Al Fatihah dan takziah MH ucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah yang baru sahaja kehilangan bapa tercinta baru-baru ini.

Di sebalik kisah pemergian bapanya ini, ada cerita sedih yang dikongsikan oleh Nonny menerusi akaun Instagramnya di mana dia sedih dikecam kerana tidak dapat pulang untuk melihat arwah bapanya buat kali terakhir.

“Sakit sangat sangat.. aku redha.. tapi… aku x sempat jumpa.. Ya Allah rasa sakit & sedih tu sampai skrg.. time kerja,time tgh sembang,tgh gelak,tgh driving, bila2 masa lah.. airmata tu sendiri jatuh x henti.. aku nak jumpa.. tapi x sempat… mama… kenapa sakit sgt… aku rasa mcm arwah masih ada.. dari pagi aku & adik aku cari flight utk blk kampung,petang baru dpt.. sampai je semua dah selesai.. orang boleh ckp ”eh bapa kau meninggal apsal x balik?” diorg xtau mcm mana payah aku pegi cari tiket nak blk sbb masa tu semua flight dah full..bukan 1 airport aku pegi,check online,semua aku cari..tapi org boleh ckp mcm tu..diorg xtau cerita sebenar.. aku sempat video call je.. sedih kan?..
petanda yg sgt sakit,masa tu tgh shooting cerita Cinta Hati Abah..
Lagu ni sgt bermakna buat aku,aku buat mmg utk arwah..
terima kasih akak..terima kasih abg…
.
aku kerja jauh dari keluarga,aku dtg sini cari rezeki utk tlg keluarga aku.
.
ada dua : arwah nenek & arwah bapa.. aku x sempat jumpa…
.
Allahu akbar
.
Astaghfirullahal’adzim
.
Al-FATIHAH ………………………..,” tulis luahan hati Nonny.

Sayu hati MH setelah membaca luahan hati Nonny ini. Sebagai seorang anak pastinya ibu bapa menjadi keutamaan dalam hidup dan di hayat terakhir mereka sudah tentu kita mahu untuk berada di sisi mereka.

Rata-rata pengikut dan peminat Nonny dilihat turut memberikan ucapan takziah dan kata-kata positif untuk menaikkan semula semangatnya.

dominusophia: Cik Nonny….banyakkan beristighfar… Kirimkan alFatihah buat yang telah kembali pada Allah..semoga Allah mempermudahkan perjalanan mereka di alam sana & semoga mereka mendapat yang terbaik di alam sana.. Cik Nonny, banyakkan bersabar ya…

nurulhanimbz: Innalillahiwainnalillahirojiun. Semoga nonny dan kluarga kuat semangat dan tabah menghadapi ujian. Semoga roh ayah nonny ditempat dikalangan orang2 soleh. Aminn

fantha_violet: Sbb tulah jadik org kena bersangka baik..jgn lps ckp jer..sbb kte xtau ujung pangkal cerita..tlg lh jaga ckit hati n perasaan org len..dah lh bru kehilangan org yg tersayang..anak mne yg tergamak xnk balik n jmp wat kali terakhir arwah ayah die..urus kn pengebumian ayah die..sume nyr tuk kali terakhir..tuk kali terakhir..ader ker..xlogik kn..

MH doakan semoga arwah bapa Nonny ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan buat Nonny pula banyakkan bersabar dan usah difikirkan sangat kata-kata yang negatif.

Sumber: Instagram Nonny Nadirah

Published by
Izzati Ramli