Isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila telah selamat mengadakan majlis akikah buat anak sulung, Jebat Jayden, Sabtu lalu.
Sekali gus, majlis tersebut turut dianjurkan majlis tahlil arwah datuknya, Noor Mohamed.
Majlis tersebut turut diindahkan lagi bacaan dari pelajar tahfiz yang dijemput khas.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata gembira melihat suasana yang diadakan yang dilangsungkan secara sederhana dengan penuh keberkatan.
Jebat yang kini berusia 1 tahun 2 bulan itu turut kelihatan comel mengenakan jubah putih.
Sementara itu, Allahyarham Noor Mohamed Din meninggal dunia pada 20 November 2018 pada usia 83 tahun.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, tujuh anak serta lebih 40 cucu termasuk Nabila dan adiknya, Neelofa.
Foto: Instagram Noor Nabila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Bukan Nak Selamatkan Rumah Tangga, Nak Jaga Muka Je,” – Diana Danielle Nafi Curang, Sifatkan Dakwaan Farid Kamil Fitnah
Pelakon, Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya yang juga aktor popular, Farid Kamil yang mendakwa kemelut rumah tangga mereka berpunca daripada gangguan orang ketiga.
Memetik laporan video Utusan Online, Diana menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah dan dia turut menegaskan masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya ketika ini adalah sepenuhnya berpunca daripada Farid sendiri.
“Tiada. Itu fitnah. Masalahnya 100 peratus adalah daripada dia dan bukan saya,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, pelakon filem Imaginur ini turut mendedahkan cincin yang ingin dihadiahkah oleh Farid di mahkamah pagi tadi merupakan cincin perkahwinan yang telah dihilangkan oleh suaminya itu sejak lapan tahun lalu.
Malah, Diana turut mempersoalkan tindakan Farid yang tetap mahu memberikan sejambak bunga dan sebentuk cincin meskipun selepas menuduhnya mempunyai sokongan daripada orang ketiga.
“Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi tu, dia dah hilangkan selama lapan tahun. Baru hari ini dia nak beli semula cincin perkahwinan kami.
“Kalau betul saya ada orang ketiga, mengapa dia nak beli cincin kahwin buat saya? Kalau kantoi kenapa nak bawa bunga?,” soalnya.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyifatkan tindakan suaminya itu bukan untuk menyelamatkan perkahwinan sebaliknya hanya ingin menjaga air muka sendiri.
“Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumag tangga, dia nak menyelamatkan mukanya sahaja. Dah lapan tahun saya tunggu cincin, baru sekarang nak bagi,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai sebab mengapa dia tidak membenarkan Farid untuk bertemu dengan kedua-dua orang anaknya, Diana mendedah anak perempuannya, Aurora kini berada dalam keadaan trauma.
Terdahulu, Diana dan Farid hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka, selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Utusan Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Imam Farah Nabilah Belum Letak Syarat Watak Yang Digalas, “Apa Sahaja Dia Lakukan, Saya Akan Sokong.”
Bakal menamatkan zaman bujang pada 20 Disember depan, pelakon Farah Nabilah kini sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada jejaka pilihan, Mohamed Amirul Yunus.
Farah, 26, terpaut pada Amirul yang merupakan seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kerana sifatnya yang gemar berterus-terang, seterusnya serius untuk lalui fasa halal sebagai suami isteri yang sah.
“Seorang lelaki dapat curi hati ibu bapa adalah perkara yang terbaik. Jadi, bagi saya dia (Amirul) sudah lakukan dengan baik kerana dia berjaya berjumpa dengan ibu bapa saya.
“Meski ramai lelaki yang cuba untuk mendekati saya, tetapi saya tidak layan kerana di mata saya hanya nampak Amirul seorang sahaja,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Amirul,28, pula tidak menetapkan sebarang syarat kepada bakal isterinya untuk memegang mana-mana watak selepas berkahwin.
“Setakat ini, apa sahaja watak yang dibawanya saya suka tengok. Tiada masalah langsung. Apa sahaja yang dia lakukan, saya akan sokong.
“Banyak lagi watak yang dia belum bawa dan belum explore, jadi apa salahnya kalau dia mahu mencuba. Lakonan dia pun bagus dan mantap,” puji Amirul buat bakal isteri.
Sudah bersedia berdepan dengan gosip yang pastinya tidak lari dengan selebriti, Amirul ada jawapan tersendiri.
“Apabila berkahwin dengan seorang selebriti atau public figure ini, saya hanya akan ikut flow sahaja.
“Saya juga kena bersedia untuk menghadapi perkara tersebut,” katanya tenang.
Pasangan ini akan melangsungkan majlis nikah pada 20 Disember ini.
Mereka turut diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu sebelah pengantin lelaki pada 28 Disember, disusuli pihak perempuan pada 5 Januari depan.
Difahamkan, Farah turut menambah lagi satu majlis resepsi di sebelah perempuan pada 21 Disember ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Happy Birthday & I Love You!,”- Datin Rabecca Teruja, Suami Titip Ucapan Menerusi WhatsApps
Pelakon dan usahawan Datin Rabecca Nur Al-Islam meluahkan rasa terujanya apabila mendapat mesej menerusi aplikasi Whatsapp dari suaminya, Datuk Nor Azam pagi tadi.
Perkara itu dikongsikan Rabecca apabila suaminya menghantar ucapan hari jadi berbentuk romantis bersempena dengan hari jadinya yang ke-33 tahun.
“I wake up with this??Thank you husband,thank you love ❤….
”Selamat Hari Lahir Utk Diri Mummy Becca Sendiri,Semoga Terus Istiqamah,Dan Menjadi Isteri,Ibu,Dan HambaNya Yg Disayangi Dan Baik❤?….Dan Sentiasa Ingin BerUsaha,Berubah Menjadi Lebih Baik Dan Ke Arah Kebaikan?Ameen AllahHuma Ameen….
“Selamat Hari Lahir Juga Buat Anakku @adorablealiff yg ke 3 tahun,Dan 3 tahun yang lepas pada #30042016 Anak Lelaki Ku Yg Di Beri nama NOR ALIFF AL-RAFFAEL diLahirkan,Semoga Membesar Dgn Sihat Sentiasa Nakk….Baik,Bijak Belajar,Dan Menjadi Anak Yg Soleh Boleh MenDoakan Utk Mummy Dan Papa Suatu Hari Nanti,” tulis Rabecca.
View this post on InstagramA post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
“Sayang, it seems that everyone knows you turned a year older except me. In my eyes, you are exactly the way that you were when i met you for the 1st time-stunning and gergous.
“Very few people meet their soul mates, but I have been fortunate enough to marry this special someone!
“I hope you have beautiful birthday. Remember that your best years are still ahead of ypou ands I’ll be there for you at lifes every up and down and the in between.
“Your birthday is the PERFECT OPPURTINUTY to say SORRY for all the fights and arguments, THANK YOU for all the sactrifies you’ve made and I LOVE U for everthing that you mean to me. Happy Birthday and may ALLAH bless you always!”, mesej suami Rabecca.
Dalam pada itu, Rabecca juga turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anaknya, Aliff yang ke-3 tahun.
Video/ Foto : Instagram Rabecca, Aliff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI