Penyanyi Nora Ariffin memaklumkan dia bersama keluarga besarnya telah pun selamat menganjurkan majlis tahnik buat cucu sulungnya, Ayden Johan yang kini sudah mencecah usia tiga bulan pada Sabtu.
Nora menerusi pautan video yang dimuat naik bersama beberapa foto sekitar majlis turut menzahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah syukur pada Allah swt selesai tahnik & cukur rambut yg kami buat among family saja utk Ayden Johan yg dah masuk 3 bulan.
“Maaf tak daoat jemput saudara mara & sahabat sbb MCO.
“Sebagai Wan, saya terasa amat sayu, syukur dpt kongsi & buat moment ni utk cucu pertama, bersama anak2 menantu & besan tersayang.
“Rindu pada arwah Johan & Alif hanya Tuhan saja yg tahu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Penyanyi Hanya Satu ini pada masa sama turut mendoakan agar cucu lelakinya itu membesar sebagai anak soleh.
“Moga Ayden Johan membesar menjadi anak yg soleh & berjaya dunia akhirat. Insya-Allah,” mohonnya sambil disusuli dengan kredit.
Ayden Johan ialah cahaya mata pertama sulung Nora, Mohd Syakir Iman yang berkahwin dengan wanita pilihannya, Eilya Sofea Azman pada 12 Januari 2019.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Tak Cukup Bersyukur,” – Kisah Tukang Cuci Anak Lima Sentiasa Senyum Meleret, Syukur Dengan Rezeki. Nourul Depp Berkongsi…
‘Bersyukur’. Itu kata kunci yang harus dipegang dalam menjalani kehidupan.
Walau sesukar mana, hadapi dengan penuh kesyukuran kerana daripada situ, lahirnya nikmat hidup.
Menurut penyanyi Nourul Depp, dia ada bertemu seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci di bangunan kediamannya.
Tidak lekang dengan senyuman, setiap pertanyaan mengenai latar belakang dijawab dengan penuh keterujaan lebih-lebih lagi apabila berkisar mengenai isteri dan lima anaknya.
Kagum dengan sifat lelaki itu yang menjalani rutin kehidupan dengan penuh rasa syukur, jelas ibu kepada empat orang anak ini menjelaskan kadang kala kita lupa untuk bersyukur atas apa sahaja nikmat yang dikurniakan, malah lupa rezeki datang daripada Allah SWT.
“Cerita lelaki ini… .
Dia ada pelbagai alasan kalau dia nak tak happy.
Cleaner, berkahwin. Anak 5.
Dia pekerja baru kat building kami. Dia mai qeja setiap hari senyum melerek.
Satu hari dia mai kat kami. Dia tanya : “kamu muslim?” Kami jawablah “ya” .
Awat? Kami tanya. Dia senyum lagi lebaq. Dia kata : “saya juga muslim. Saya kawin orang malaysia.” Senyum lagi panjang. Lagi maneh .
Kami tanya dia lagi: “baru kawin ka?” Jawapan dia : “dak. Lama dah. Dah 15 tahun!” . Senyum dia tu macam baru kwin semalam!
Kami terkejut. Kami teruih berkata kat diri kami. MasyaAllah. Betapa bersyukur nya dia. Happy nya dia. Hidup mesti tak mudah untuk dia. Ada Anak 5. Setiap 2 tahun dapat anak.
Cerita part anak anak dia, dia teruih lagi happy. Dari senyum, teruih ke gelak.
Powernya rasa bersyukur. Powernya rasa redha dan berserah pada Yang Maha Esa.
Apa alasan kita untuk tak happy dan rasa tak cukup?
Kita tak cukup bersyukur. Kita lupa yang rezeki tu mai dari berusaha. Kita lupa yang kita ni M lebih selalunya .
Kita complain sebab kita lupa merungut tu tandanya tak bersyukur. Bila tak bersyukur, apa jadi?
Tak happy. Muka masam. Buat apa semua tak kena. Kita merungut. Rezeki pun tak masuk.
Berterima kasih pada tuhan. Itu tanda bersyukur. Rezeki lagi mai bertalu talu Tapi kena usaha la na.
Ini tips untuk happy. Bersyukur. Fokus pada apa yang ada. Bukan pada yang tak ada,” kongsinya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Daripada kesyukuran datangnya nikmat dalam menghargai kehidupan.
Foto : Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekarang Masukkan Drip Dulu Sebab…,” – Muntah-Muntah & Cirit Birit, Anak Eyra Hazali Dirawat Di Hospital
Pelakon, Eyra Hazali memaklumkan anak sulungnya, Muhammad Hayder Qhalish telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Johor Bahru selepas dilaporkan mengalami gejala muntah-muntah dan cerit-berit.
Bagaimanapun, Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali memberitahu, anaknya itu tidak dapat dimasukkan ke hospital berikutan kapasitinya yang penuh.
“Hayder muntah-muntah dan cirit-birit. Sekarang masukkan drip dulu sebab hospital semua penuh.
“Doakan Hayder cepat sihat ya,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Haziq Nazli itu menerusi akaun Instagram anaknya Hes.journal.
Dalam pada itu, Eyra turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesembuhan buat anaknya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata semangat buat Eyra dan suaminya.
“Allahu, semoga lekas sembuh handsome boy.
“Ala kesian dia. Get well soon Hyder sayang.
“Stay strong handsome boy. You still cute.
“Syafakallah buat handsome boy and good boy Hayder.
“Semoga Allah sembubkan Hayder.
Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Eyra Hazali & Hes.Journal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Raih Jutaan Dolar Untuk Tempoh 3 Jam Bekerja Selama 20 Hari, Kini Model Terkenal Ini Hidup Merempat Pada Usia 57 Tahun
Bekas model terkenal era 80-an, Nastasia Urbano kini dilaporkan sudah menjadi gelandangan sebelum dikatakan muflis.
Dia yang kini berusia 57 tahun tinggal dan tidur di kali lima sekitar Barcelona, Sepanyol.
Bintang runway yang pernah menghiasi muka depan majalah fesyen selain menjadi wajah wakilan jenama fesyen mewah ini tidak lagi menjalani kehidupan serba glamor, sebaliknya terpaksa menjadi gelandangan.
Semuanya berlaku apabila bekas suami bertindak mengikis kesemua hartanya.
Menerusi satu temu bual, Urbano menjelaskan dua hari selepas berkenalan, dia mahu membeli kereta jenama BMW.
“Saya seperti orang bodoh, saya menjelaskan bayaran. Saya memang mabuk cinta ketika itu,” jelasnya yang turut mengalami masalah depresi selain dihalau keluar rumah kerana tidak mampu menjelaskan sewa kediaman.
Terdahulu ketika di zaman kegemilangannya, Urbano dikenali sebagai antara model yang mendapat bayaran lumayan iaitu jutaan dollar untuk tempoh 20 hari bekerja sekitar tiga atau empat jam dalam sehari.
Selain dirinya, model terkenal lain yang turut dikenali pada era tersebut ialah Linda Evangelista.
Sumber: The Sun/ El Periodico Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI