Pelakon Nora Danish dapat merasakan pengalaman tersendiri ketika menghadiri majlis-majlis ilmu yang disifatkan mampu mendidik hati dan jiwa jiwa agar sentiasa dekat dengan Allah SWT.

Lalu, Nora berharap agar orang ramai tidak memberikan persepsi negatif buat mereka yang sentiasa ingin mencari peluang untuk mendekatkan diri dengan acara sedemikian.

“Enam jam yang penuh dengan kesyukuran. Bicara tentang ujian dan hati daripada Ustazah Marhamah Rosli.

“Sekarang Nora faham dan mengerti kenapa ada yang bersungguh-sungguh ke majlis ilmu tanpa henti. Bukan untuk acah-acah baik, tetapi kerana kita tahu yang hati ini sentiasa berbolak balik.

“Jadi, setiap kali hadir, niat untuk isi kembali ruang-ruang kosong akibat terlupa, jahil, leka dan sebagainya. Bukan untuk merasa diri inilah yang terpaling bagus, tetapi untuk perbaiki diri yang serba serbi kekurangan,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan pelakon filem Cuti-Cuti Cinta itu menerusi hantaran di Instagram.

Ads

Katanya lagi, hatinya kini berasa amat teruja dan berkobar-kobar untuk mendalami ilmu-ilmu baharu bila setiap kali dipelawa untuk ke majlis ilmu.

Nora Danish Dahaga Hadiri Majlis Ilmu, Isi Ruang Hati Yang Jahil – “Bukan Acah-Acah Baik, Tapi…”

“Kalau nak bercerita tentang perasaan Nora ketika ini, betapa bersyukurnya didekatkan dengan majlis-majlis sebegini, memang tidak cukup 10 pages.

“Sukar hendak digambarkan atau diungkapkan. Rasa tidak cukup, rasa ingin belajar 24/7. Jadi gian ingin tahu. Ingin belajar, lagi dan lagi. Tidak pernah jemu. MasyaAllah. Semua kerana Allah mampukan,” kongsinya lagi.

Ads

Nikmat Kurniaan Allah SWT

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berharap agar nikmat untuk memdalami ilmu agama ini tidak pernah hilang seterusnya dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Nora Danish Dahaga Hadiri Majlis Ilmu, Isi Ruang Hati Yang Jahil – “Bukan Acah-Acah Baik, Tapi…”

“Nikmat ini ingin ku simpan buat selamanya. Nanti kalau anda semua di jemput ke mana-mana majlis ilmu, hadir tau.

Ads

“Sebelum start majlis, berdoa agar kita dapat memahami, mengingati, menginsafi, dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan kita supaya kita terus istiqomah,” akhirinya.

Selepas memutuskan untuk berhijab Julai lalu, para netizen turut tumpang gembira melihat perubahan Nora yang dilihat kerap menghadiri majlis-majlis ilmu bersama rakan-rakan selebriti.

Malah, netizen juga sentiasa menitipkan doa agar Nora istiqomah dalam perjalanan hijrahnya itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nora Danish

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI