Pelakon jelita, Nora Danish mendedahkan dirinya juga tidak dapat lari daripada masalah tekanan atau keresahan seiring dengan pertambahan usia.

Menurut pelakon yang kini meniti usia 41 tahun itu, dia menjadi tertekan apabila terlalu memikirkan perkara yang berada di luar kawalannya.

Jangan Biarkan Emosi ‘Makan Diri’ – Nora Danish

Nora Danish Kerap ‘Emosional’ Hingga Selalu Fikir Pasal Kematian? Ini Puncanya! Nora Danish Kerap ‘Emosional’ Hingga Selalu Fikir Pasal Kematian? Ini Puncanya!

Malah akui Nora, tidak salah untuk seseorang itu berasa sedih namun, ia tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan hingga makan diri.

“Bagi saya, ada kalanya saya tertekan bila memikirkan soal kerjaya. Masa saya muda, saya selalu bayangkan pada umur 41 tahun, saya akan mencapai pelbagai perkara.

“Bila tak dapat, saya jadi tertekan dan keresahan. Tapi saya cepat-cepat alihkan gangguan tersebut kepada perkara lain.

“Kita boleh sahaja nak bersedih tapi mesti ada jangka masanya. Sehari dua rasanya sudah cukup. Tak perlu terbawa-bawa sampai lama sangat.

Ads

”Kita kena selalu cakap dengan diri, ‘kita akan okay’ dan cuba cari jalan untuk selesaikan masalah itu. Kebanyakan orang mungkin dia akan putus asa. Putus asa ni boleh buatkan seluruh anggota badan kita ‘shut down’.

”Jangan guna perkataan give up. Bila dengan anak-anak pun saya elakkan guna ayat sedemikian,” katanya kepada NONA.

Tambahnya lagi, dia tidak berjumpa dengan pakar kesihatan, sebaliknya hanya membuat carian di Internet untuk meredakan keresahan yang dihidapinya itu.

Umur Meningkat Buat Nora Rasa Semakin Hampir gan Kematian!

 

Ads

Nora Danish Kerap ‘Emosional’ Hingga Selalu Fikir Pasal Kematian? Ini Puncanya!

Nora Danish Kerap ‘Emosional’ Hingga Selalu Fikir Pasal Kematian? Ini Puncanya!

“Bila dah berumur ini, saya jadi lebih takut kepada kematian. Rawatan tak ada sangat tapi saya lebih banyak kepada membaca. Sekarang ini, di media sosial dah banyak orang berkongsi kata-kata motivasi. Jadi, saya selalu tengok dan baca.

“Punca anxiety bukan disebabkan netizen tetapi lebih kepada kalau saya naik kapal terbang, saya akan banyak fikir (terhempas). Saya seorang yang emosional, sangat sensitif.

Ads

“Dua perkara ini boleh menjadi faktor saya berfikir berlebihan. Selalunya persepsi kita, bila terlalu fikirkan sesuatu, mesti kita ingatkan benda-benda keburukan.

“Tapi saya akan cepat-cepat salurkan fikiran itu sebagai ‘super power’ saya. Orang lain tak ada, tapi saya ada. Bukan apa, terlalu banyak berfikir ini bukan saja menyakiti hati saya saja, malah turut melukai orang yang berada di sekeliling,” katanya lagi.

Dia pada masa menambah, setiap kali perlu menaiki kapal terbang, dia pasti akan menghubungi ibunya untuk berpesan mengenai harta peribadi.

“Saya akan buat wasiat dan apa yang patutlah. Telefon mak saya dah beritahu harta saya dekat sini dan semualah. Tapi itulah, lama-lama saya sendiri kena ‘push’ diri.

“Mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan yang agak lama dan tidak boleh ke mana-mana, anxiety jadi semakin sebati dalam diri saya,” ujarnya lagi.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan

Sumber : IG @noradanish

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI