Aktres Nora Danish, mengambil keputusan untuk menyerahkan semua pakaian lamanya yang mendedahkan aurat kepada rakan-rakan bukan Islam sejak berhijrah tahun lalu.

Menurut Nora, 42, dia tidak menjual pakaian terbabit kerana bimbang akan menanggung dosa jika dibeli dan dipakai oleh individu beragama Islam.

Tak Jual Pakaian Lama

“Semua pakaian saya dari era berpakaian seksi diberikan kepada rakan-rakan bukan Islam. Saya tidak boleh menjualnya kerana dikhuatiri akan menanggung dosa mereka yang memakainya.

“Semua pakaian itu sudah lama saya berikan dan tidak lagi menyimpannya,” katanya ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen koleksi jenama Amber bertemakan Raya Romantics di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Nora Danish Serah Baju Lama kepada Rakan Bukan Islam, Padam Beribu Foto Dedah Aurat Di IG – “Ambil Masa Sebab Sekitar 26,000 Gambar.” Nora Danish Serah Baju Lama kepada Rakan Bukan Islam, Padam Beribu Foto Dedah Aurat Di IG – “Ambil Masa Sebab Sekitar 26,000 Gambar.” Nora Danish Serah Baju Lama kepada Rakan Bukan Islam, Padam Beribu Foto Dedah Aurat Di IG – “Ambil Masa Sebab Sekitar 26,000 Gambar.”

Ads

Usaha Padam Foto Di IG

Nora pada masa sama menambah, dia kini sedang dalam proses untuk memadam gambar-gambar lamanya di Instagram yang tidak seiringan dengan penampilannya yang sekarang.

“Saya sebenarnya perlu memadam semua gambar yang tidak menutup aurat di Instagram, tetapi ia mengambil masa kerana jumlahnya sekitar 26,000 gambar.

“Setakat ini, saya sudah memadam beberapa ribu gambar, tetapi masih banyak lagi yang perlu diteliti satu per satu. Bila melihat kembali gambar-gambar lama, saya terfikir, ‘apalah yang aku buat dulu’.

“Namun, saya percaya ia sebahagian daripada perjalanan hidup. Jika saya tidak melalui fasa-fasa itu, mungkin saya tidak akan merasai penyesalan seperti sekarang,” katanya lagi.

Ads

Bukan Mudah Istiqamah

Menyentuh soal istiqamah, Nora juga akui ia bukan sesuatu yang mudah, malah sentiasa berdoa agar dirinya kekal berada di jalan yang benar.

“Berhijrah itu mudah, tetapi untuk istiqamah bukan sesuatu yang senang. Istiqamah perlu dilihat dari pelbagai aspek, termasuk menjaga solat di awal waktu dan banyak lagi.

“Saya sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah agar perasaan sedih serta rasa berdosa ini kekal dalam diri saya selamanya.

“Jika ditanya mengenai petua untuk istiqamah, saya sendiri tiada jawapan. Namun, saya sentiasa berdoa agar dikelilingi oleh orang-orang yang baik yang boleh mengingatkan saya,” katanya.

Ads

Imbas kembali, ibu kepada dua cahaya mata ini mula kekal mengenakan sekitar Julai tahun lalu ketika menjaga bekas suaminya, Nedim Nazri, yang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

Menurutnya, mengenakan pakaian menutup aurat memudahkan dirinya untuk bersolat dan mengaji sepanjang menjaga Nedim di hospital.

Selain itu, kerap menghadiri majlis ilmu agama juga menjadi salah satu faktor yang mendorongnya untuk terus istiqamah berhijrah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI