Penyatuan semula selepas 17 tahun! Pastinya peminat setia sitkom Puteri yang pernah popular pada tahun 2005 sudah tidak sabar untuk menyaksikan gabungan semula ketiga-tiga pelakon utamanya pada sambutan Aidilfitri tahun ini.
Berkongsikan perkara itu, Nora berkata dia tidak menunggu lama untuk menerima tawaran tersebut sebaik diberitahu pengarah, Aziz M.Osman mengenai penghasilan semula sitkom tersebut.
Menzahirkan keterujaannya, Nora atau nama sebenarnya, Nora Danish Mohd Hanif, 40, berkata dia berasa gembira dapat bertemu kembali bersama rakan-rakan seperjuangan menerusi karya yang telah mengangkat namanya dalam industri hiburan tanah air.
“Soalan pertama yang saya tanya, adakah semua pelakon asal terlibat dan bila jawapannya ya, saya tidak berfikir panjang untuk menerima.
“Seronok sangat bila dapat kembali semula ke set bersama bintang asal Puteri,” katanya.
Puteri Reunion akan membawa penonton melayari kisah Puteri, Nadia, Kamala dan Anita yang telah melalui pelbagai fasa kehidupan.
Puteri kini semakin matang dan sedang mengejar impiannya untuk menjadi seorang pereka fesyen dan pengusaha butik yang berjaya.
Namun, masalah yang dialami oleh sahabat lamanya, Kamala dan Anita membuatkan dia turut terjebak dalam kekusutan mereka, apatah lagi dengan kemunculan sepupu Puteri, Rania yang hampir membuatkan hidup Puteri semakin porak peranda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI