Penyanyi Datuk Nora Ariffin menjelaskan dirinya hanya memikirkan soal mati ketika bertarung nyawa selepas berdepan dengan komplikasi jantung, baru-baru ini.
Penyanyi lagu Hanya Satu itu dimasukkan ke sebuah pusat rawatan swasta di Bangi, Selangor kerana mengalami demam panas.
“Selepas dimasukkan ke hospital doktor dapati bahagian paru-paru saya dipenuhi air dan ketika itu saya sukar bernafas.
“Saya ingat lagi saya hanya fikir saya akan mati dan ketika itu pandangan mata juga sudah putih dan saya mula meminta maaf kepada suami,” katanya.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pes Secukup Rasa By Nora di Shah Alam, hari ini.
Tambahnya lagi, dia bernasib baik meskipun berada dalam keadaan koma selama dua hari dan sedar sejurus mendapat rawatan di hospital swasta di Kajang.
“Saya dijaga tiga pakar di hospital itu dan Alhamdulillah kembali pulih dan dapat pulang ke rumah bersama suami dan anak-anak,” katanya.
Nora mengakui insiden itu memberikan pengajaran kepada dirinya dan membuatkan dia lebih menghargai kehidupan serta keluarga.
“Saya juga tak fikir untuk mengambil sebarang tindakan meskipun ada berlaku kecuaian ketika saya dirawat di peringkat awal sebelum ke hospital.
“Apa yang penting saya selamat dan dapat meneruskan hidup dan memperbaiki diri,” katanya lagi.
Sementara itu, pes istimewa dari penyanyi itu berusia 50 tahun itu melancarkan pes masakan Secukup Rasa dengan dua variasi iaitu kerutuk dan serbaguna yang diusahakan sejak tahun 2000.
“Saya bersyukur kerana jenama pes masakan saya ini mendapat sambutan baik terutamanya ketika zaman PKP.
“Saya ingat lagi, pernah hasilkan rendang tok menggunakan tiga ekor lembu ketika itu,” katanya.
Pes masakan berkenaan boleh didapati menerusi platform Shopee dengan harga RM20 sepeket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI