Selepas tiga dekad berada dalam industri seni suara negara, penyanyi Datuk Nora Ariffin menyatakan hasratnya yang mengidam untuk menjayakan satu konsert mega buat para peminatnya.
Berkongsikan impiannya itu menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya, Nora atau nama sebenar, Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, berharap satu hari nanti impiannya itu akan tercapai.
“30 tahun dalam industri, masih belum ada rezeki dan diberi peluang untuk beraksi di konsert mega.
“Setiap tahun saya hanya mampu melihat rakan-rakan artis terutama sekali artis-artis luar mengadakan konsert.
“Setiap hari saya berdoa agar satu hari nanti, ada kuasa ‘magic’ datang untuk merealisasi satu-satunya impian saya yang belum tercapai dan penutup sebelum saya bersara.
“Moga peminat-peminat juga sudi doakan saya. Thank you everyone for supporting me,” tulis Nora di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu turut sama menyimpan impian untuk melihat Nora beraksi dalam satu konsert berskala besar.
“InsyaAllah kak Nora, semoga tercapai impian kak Nora, nak duduk depan sekali tau.
“Kami sentiasa bersamamu Nora. Pasti Allah akan membukakan rezeki dan memberi kemudahan untuk Nora mencapai impian.
“InsyaAllah pasti akan jadi kenyataan satu hari nanti.
“InsyaAllah sister, one day… suara emas,” komen peminat Nora.
Sekadar info, Nora memulakan kerjayanya dalam bidang seni sejak 1991 selepas memenangi gelaran juara program Bintang HMI pada tahun sama.
Selain Di Persimpangan Dilema, antara lagu hit Nora yang lain seperti Hanyalah Satu, Hadirlah Kekasih dan Menyemai Cinta Bersamamu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI