Penyanyi Noraniza Idris, 57, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, selepas mendakwa perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000 akibat penganiayaan oleh sebuah akademi latihan keusahawanan.
Menurut Noraniza, dia menyedari ada yang tidak kena selepas akademi tersebut gagal membuat sebarang pembayaran walaupun telah mengambil kira-kira 20,000 pek produknya lebih sebulan lalu.
“Saya menerima pelawaan mereka kerana niat ingin membantu, tambahan pula saya memang menyokong aktiviti amal kebajikan sejak sekian lama.
“Namun, niat baik itu dipermainkan apabila pihak terbabit melanggar perjanjian dengan hanya membayar sekitar RM3,000 secara berperingkat.
“Sejak menyedari ditipu pada Jun tahun lalu, saya kerap menuntut bayaran tetapi pelbagai alasan diberikan sehingga jumlah kerugian mencecah RM630,000.
“Kerugian itu merangkumi kos mesin khas pembuatan muruku, percetakan, pembungkusan, logistik syarikat serta pembayaran gaji pekerja,” katanya.
Penyanyi lagu Ngajat Tampi itu berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, pagi tadi.
Ads
Turut hadir bersama Noraniza ialah anak keduanya, Fee Haiqal, 32.
Terpaksa Berhentikan Pekerja
Akibat hal yang berlaku, Noraniza juga terpaksa memberhentikan lebih 10 pekerja kerana tidak mampu menampung kos operasi.
“Bagi memenuhi permintaan syarikat itu, saya menambah jumlah pekerja. Namun, selepas kejadian ini, daripada 20 pekerja, kini hanya tinggal empat orang sahaja.
Ads
“Saya tidak boleh menutup perniagaan ini kerana ia adalah bisnes keluarga. Mahu atau tidak, saya perlu meneruskannya kerana kami masih menerima permintaan secara dalam talian,” katanya.
Noraniza pada masa sama kesal kerana ia turut memberi kesan emosi kepada anak-anak dan keluarganya.
“Apabila keadaan ini berlaku, saya kasihan melihat anak-anak kerana mereka sanggup tidak tidur dan berjaga malam untuk memastikan kilang ini terus beroperasi.
Ads
“Saya nekad membuat laporan polis ini sekurang-kurangnya untuk mendapatkan kembali hak kami serta memberi peringatan kepada orang lain agar tidak mudah terpedaya dengan pihak seperti ini.
“Saya harap mereka yang terbabit membaca artikel ini dan tampil memberi penjelasan mengenai tindakan mereka, supaya syarikat lain juga lebih berhati-hati,” katanya lagi.
Sebelum ini, Noraniza mendakwa dirinya seolah-olah dianiaya sebuah akademi latihan keusahawanan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM630,000 pada awal tahun ini.
Difahamkan, akademi tersebut menawarkan peluang kepada usahawan untuk menjual produk makanan mereka, termasuk muruku yang diusahakan oleh Noraniza.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama Jasmin Suraya Chin, pasti terbayangkan sosok tubuh genit, pelakon jelita berdarah Cina, yang lantang bersuara mengenai isu bantuan atau tajaan menyambung pengajian khususnya bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.
Pernah Berhasrat Mahu Jadikan Tahfiz Quran Pegangan Hidup
Menurut Harian Metro, Jasmin mengakui bahawa pada mulanya, dia hadir dengan niat hanya untuk mendengar sahaja.
Namun, lama kelamaan rasa suka dan gemar menghadiri kelas tahfiz itu. Malah Jasmine merasakan ia merupakan satu perjalanan terindah dalam kehidupannya.
“Ketika saya menghadiri majlis sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu orang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir sekadar untuk mendengar,” ujarnya.
“Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa saya suka kerana ia jadi pegangan hidup,” kata Jasmine.
Tetapi MH mendapati, hantaran berkenaan kenyataan ini telah dipadam dari laman Instagram milik Jasmine dan tidak dijelaskan mengapa dia berbuat demikian.
Tambah Jasmin lagi, jika dia harus memilih antara kerjaya dan agama, pilihan utama bagi Jasmine pastinya agama kerana ia penting untuk menentukan hala tuju dan kehidupan seseorang.
“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Suatu hari kita berada di atas atau sebaliknya.
“Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya ia rasa selamat dan stabil seperti mempunyai arah,” ujarnya.
Ketika ditanya, setelah mendekatkan diri dengan majlis-majlis keagamaan, adakah dia akan melakukan penghijrahan? Ini respons Jasmine.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak tahu prosesnya berlaku dalam keadaan tertekan,” jelasnya.
Bagaimanapun, terdahulu, Jasmin menyifatkan bahawa isu keagamaan ini merupakan sesuatu yang amat Personal bagi dirinya, meskipun tidak mendapat tentangan mahupun halangan daripada ibunya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Menerusi akaun Instagram anak sulung iaitu Yusof Iskandar iaitu @theyusofiskandar, pelakon Hanis Zalikha baru-baru ini berkongsi aktiviti menghafal beberapa sifir bagi menguji kanak-kanak terbabit.
Bukan hanya sifir dua, malah Yusof sudah mampu menghafal sifir tiga, lima dan tujuh pada usia lima tahun.
Meski adiknya, Alisa beberapa ketika dilihat ada bergurau dengan abangnya, namun Yusof dilihat masih dapat menguasai sifir yang diajukan ibunya dengan baik dan lancar.