Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat tampil memberikan reaksinya selepas menerima mesej peribadi serta komen yang seolah-olah mempersoalkan hasrat ibu yang memilih atau terpaksa bersalin secara pembedahan.
Menurut Ayda, dia tidak mahu mengulas mengenai hal tersebut. Sebaliknya memilih untuk bercakap hal yang positif.
“Saya baca ramai yang dm & comment dekat few page, yang kata ‘Czer? Tak real la jadi ibu’ ‘Macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun operate’ ‘Kalau operate confirm tak keluar susu, tak breastfeed kesian anak dia’ ‘Ikut tingkap ke? Malunya’ dan banyak lagi.
“Saya taknak comment about that. I’m here to spread positivity.
“To mommies yang pilih atau memang terpaksa czer/operate atas faktor kesihatan & keselamatan baby & anda, PLEASE don’t be shy, sad and stress.
“Ada yang sampai rahsiakan kena czer sebab takut & malu digelakkan & diperlekehkan oleh ibu yang beranak normal. Kenapa sampai jadi macamni?,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Semalam, penyanyi lagu Mata ini ada menyatakan hasrat untuk melahirkan anak sulung menerusi pembedahan, yang seterusnya mengundang pelbagai reaksi di kalangan warganet.
“Normal atau czer, tujuannya sama, nak anak dan ibu selamat dan sihat. Doa yang baik-baik, stop negativity! Kita perlu sokongan, bukan cemuhan.
“Keluar kat mana pun, breastfeed ke tak, takde stretch marks ke tak, perut masa mengandung kecik atau besar ke tak, please remember… YOU’RE STILL A MOTHER. REAL ONE. No matter what,” tulisnya lagi.
Ayda dan suaminya, Nabil mahir mengumumkan mereka bakal menimang bayi perempuan dan dijangka bersalin pada 8 Oktober, namun kerana memilih untuk bersalin secara pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
Pasangan Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.
Foto: Instagram Ayda Jebat