Walaupun sudah beberapa tahun bercerai, Norman Hakin dan Abby Abadi masih mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain, apatah lagi mereka berkongsi tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka dahulu.
Norman telah memuat naik gambar dia bersama dua anaknya iaitu Mohammad Danish Hakim dan Marissa Damia Hakim.Dalam gambar itu, Norman meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anaknya yang kini bersekolah di maahad tahfiz.
Tiba-tiba, Abby Abadi turut ‘menyelit’ di ruangan komen dengan mengusik bekas suaminya itu dan mereka saling berbalas-balas komen posting berkenaan dengan anak-anak mereka serta mengusik satu sama lain.
Kemesraan Abby dan Norman itu menerima pujian oleh netizen yang kagum melihat bagaimana bekas suami isteri ini berinteraksi meskipun sudah tiada lagi ikatan rasmi, di samping memuji cara mereka mendidik anak-anak mereka.
Tidak kurang juga, ada yang turut memuji isteri Norman, Memey Suhaiza kerana berjaya menjadi ibu tiri yang hebat kerana mampu menguruskan kehidupan harian dan keperluan anak-anak dengan baik.
Bukan mudah untuk kekalkan keharmonian hubungan selepas berpisah. Semoga hubungan baik bekas pasangan suami isteri ini boleh menjadi teladan kepada mereka yang mengalami situasi yang sama dalam keluarga.
Cara mereka membesarkan anak-anak mereka penuh bertolak ansur dan dengan sepenuh kasih sayang.Meskipun Abby dan Norman sudah berpisah, namun itu tidak bermakna mereka tidak boleh kekal bersahabat, kan?
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan selagi nawaitu kita seiring untuk menjaga amanah-Nya. Semoga ukhuwah ini terus kekal je Jannah.
Sumber : Instagram normanhakim_786
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI