Pelakon Norman Hakim dilihat bertemu dengan bekas isterinya, aktres Abby Abadi, selepas timbul dakwaan kononnya berlaku perselisihan antara mereka.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, video pendek yang kini tular merakamkan Norman bersama Abby berbual mesra dan ketawa sebelum memasuki sebuah kedai makan, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Turut kelihatan di dalam video sama ialah isteri Norman, iaitu pelakon Memey Suhaiza dan menerusi rakaman sama, Norman turut berkongsi satu laporan portal yang mendakwa dia pernah mengasari Abby.

Menerusi hantaran terbaharu, Norman dan Abby masing-masing berkongsi foto bersama yang turut dihadiri anak mereka, Marissa Dania bersama kapsyen yang memberi makna.

Ads


“Deep talk over dinner. Thank you Allah SWT and thank you everyone for all the kind prayers,” tertera pada ruang kapsyen.

Kisah Lama Rumah Tangga?

Terdahulu, Abby pernah berkongsi kisah rumah tangganya bersama Norman, termasuk menyentuh mengenai dakwaan pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga dan pengabaian nafkah anak.

Pendedahan tersebut menjadi sorotan di media sosial, sekaligus mengundang pelbagai spekulasi warganet.

Ads

Norman Hakim & Abby Abadi Kini Tiada Perselisihan, Video Lerai Spekulasi – “Deep Talk Over Dinner. Thank You Allah SWT…”  Norman Hakim & Abby Abadi Kini Tiada Perselisihan, Video Lerai Spekulasi – “Deep Talk Over Dinner. Thank You Allah SWT…”  Norman Hakim & Abby Abadi Kini Tiada Perselisihan, Video Lerai Spekulasi – “Deep Talk Over Dinner. Thank You Allah SWT…” 

Perjalanan Hidup Selepas Berpisah

Imbas kembali, Norman dan Abby pernah bertemu jodoh pada 2002 sebelum bercerai pada 2009.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17.

Ads

Kini, masing-masing mempunyai kehidupan berkeluarga apabila Abby berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 lalu.

Norman pula mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Memey pada September 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI