Cabaran mendidik anak zaman sekarang sangat hebat terutama dengan kewujudan teknologi terkini apabila remaja terlalu asyik dengan gajet sehingga mengabaikan pelajaran.

Itulah pengalaman yang dilalui oleh pelakon Norman Hakim dalam membesarkan lima anaknya, Mohamed Danish Hakim,Marisa Dania Hakim, Maria Danisha Hakim, Muhammad Darwisz Hakim dan Muhammad Dikhriz Hakim.

Norman akui kagum apabila mendapat tahu anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 14, sudah menghafaz 28 juzuk al-Quran.

Norman Hakim Kagum Anak Hafaz 28 Juzuk Al-Quran

Ayah mana yang tidak berbangga apabila melihat anak menunjukkan perubahan yang baik terutama dalam bidang agama.

Norman berkata, jika dia belum tentu boleh menghafaz ayat al-Quran sebanyak itu seumur hidupnya.

IKLAN

Norman Hakim juga turut menyampaikan amanah dari anaknya, Mohamed Danish Hakim.

“Kalau dapat dihayati dan diamalkan ayat ni in shaa allah dapat mempersiapkan diri kita sebagai pelindung untuk berhadapan dengan fitnah al-Masih ad-Dajjal serta in shaa allah diberikan pengampunan dosa dari Jumaat ni hingga ke Jumaat lagi satu kalau dibaca,dihayati dan dihafal,” ujarNorman sambil mengajak semua menghayatinya dan menghafalnya secara perlahan-lahan.

 

“Saya pun berkali-kali jugak dengar dari malam semalam nak hayati semoga dari telinga turun ke hati dan dapat sama-sama hafal in shaa allah.”

Ruangan komen dihujani dengan pujian dari netizen kepada Norman dan Abby Abadi mendidik anak dengan baik.

Norman Hakim Kagum Anak Hafaz 28 Juzuk Al-Quran

IKLAN

Danish yang mengikuti pengajian di Madrasah Uthmaniyah Tahfiz, Bangi bakal menyambung pengajiannya ke Turki pada Oktober depan.

Danish merupakan anak hasil perkahwinan Norman bersama Abby terdahulu.

Selain Danish,dia dan Abby juga dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Marissa Dania, 12, dan Maria Danisha, 10.

IKLAN

Salam Jumaat yang barokah . . Nak sampaikan amanah @danishhakim_243 .Minggu lepas masa dia balik,ni antara aktiviti dia,kali ni utk rakam bacaan Surah Al-Kahfi & dia mintak utk disampai2kan pd hari Jumaat (hari ni) sebagai sebahagian drpd amalan sunnah utk kita buat sama2 . . Dia cakap kalau dapat dihayati & diamalkan ayat ni in shaa allah dapat mempersiapkan diri kita sebagai pelindung utk berhadapan dgn fitnah al-Masih ad-Dajjal serta in shaa allah diberikan pengampunan dosa dari Jumaat ni hingga ke Jumaat lagi satu kalau dibaca,dihayati & dihafal . . Jom la sama2 kita hayati & pelan2 hafal.Saya pun berkali2 jugak dengar dari malam semalam nak hayati semoga dari telinga turun ke hati & dapat sama2 hafal in shaa allah . . *Slide video

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

 

Sumber : Instagram Norman Hakim

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI