Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan kumpulan penyanyi KRU yang pernah terkenal dengan lagu Awas, Oh La! La!,  Jangan Lafazkan dan banyak lagi.

Menerusi akaun instagram, Norman Abd Halim telah meluahkan rasa rindu terhadap kumpulan KRU yang telah dibubarkan pada tahun lalu.

“Walaupun dah bersara, saya tak boleh lupa tarikh 19 Mei bila saya, @yusryabdhalim & @edryabdhalim tandatangani perjanjian sebagai artis rakaman EMI. 27 tahun telah berlalu & banyak telah kita lalui bersama.”

“Terima kasih kepada semua yang menyokong secara langsung, sebagai peminat kami selama ini & berkongsi kenangan suka duka bersama. Hari ini adalah hari kita. Kita semualah KRU. Selamat Hari KRU”tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, peminat turut meluahkan rasa rindu terhadap kumpulan KRU yang terkenal dengan lagu Awas itu.

Norman KRU Tak Kan Lupa Tiap Kali Tiba Tarikh 19 Mei Sebab…

IKLAN

Terdahulu, kumpulan KRU telah mengumumkan pembubaran kumpulan berkenaan di satu sidang media pada 18 April 2018.

IKLAN

Foto : Instagram Norman Abd Halim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI