Selepas hampir dua dekad, drama popular Pondok Buruk bakal kembali merobek jiwa penonton pada hari raya Aidilfitri tahun ini.
Menariknya, drama arahan sutradara tersohor, Rashid Sibir itu akan mengekalkan barisan pelakon-pelakon asal naskhah Pondok Buruk yang ditayangkan sekitar tahun 2000.
Selain dramatis, Fauziah Nawi, difahamkan ia turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Vanidah Imran dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Menurut Rashid, selepas drama ini mencipta fenomena dan menjadi drama kesukaan ramai sehingga hari ini, dia memutuskan untuk mengubah sedikit tajuk asal kepada Quran Pondok Buruk.
“Assalamualaikum, hampir 20 tahun, kami bagi anda Pondok Buruk dua, tiga, empat, lima, enam dan tujuh. Tapi kali ini tajuknya ialah Quran Pondok Buruk,” katanya.
Sementara itu, pelakon, Datuk Rosyam Nor akui teruja untuk kembali membintangi drama ini dan bergandingan semula dengan Fauziah Nawi.
“Saya akan bawakan watak Usop. Saya tak sangka selepas 20 tahun, Pondok Buruk kembali untuk menemui anda. Saya derhaka dengan ibu dan bapa saya. Kedua-dua mereka dan mati.
“Ada tau tidak keampunan untuk saya? Rashid Sibir akan menggarap dengan sebaik-baiknya. Dah lama rasanya anda tidak menonton persembahan saya bersama Fauziah Nawi,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon Vanida Imran memaklumkan dirinya akan membawakan watak sebagai seorang adik yang cuba menebuskan kembali dosa-dosa lampau yang memberikan kesan terhadap hidupnya sehingga hari ini.
“Saya memegang watak sebagai Rina. Dalam Pondok Buruk satu dan dua, Rina mengikut jejak abang-abangnya untuk menjadi anak yang derhaka juga.
“Dalam Quran Pondok Buruk ini, saya cuba menebus kembali semua dosa-dosa kepada ibunya. Apa yang akan Rina lakukan, saksikan nanti,” ulas Vanida.
Pada masa sama, Fauziah Nawi akui teruja untuk bertemu kembali dengan barisan pelakon-pelakon asal malah, dia juga turut tidak sabar untuk kembali mencurahkan rasa di dalam drama ini.
“Selepas 20 tahun, dapat berjumpa mereka kembali. Nak tahu macam mana hidup Mak Jah selepas suami dah tiada dan anak-anak pula derhaka, saksikan kami dalam Quran Pondok Buruk,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen, meluahkan rasa teruja selain turut bersedia dengan segala permainan emosi yang bakal dipaparkan di dalam drama ini.
“Confirm berjurai air mata. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ismail Din.
“Tak sabar nak tengok. Sampai sekarang asyik ulang tengok drama-drama ini.
“Rashid Sibir dan drama Aidilfitri berpisah tiada. Drama-drama yang diarahkan semua best.
“Barisan pelakon yang mantap. Tidak bergantung pada rupa semata.
“Kena standby tisu banyak-banyak ni.
“Tengok pelakonnya pun dah menangis. Terima kasih kerana kembalikan Pondok Buruk di hari raya kami,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Pondok Buruk turut dibintangi Allahyarham Ismail Din yang melakonkan watak Pak Mat yang lumpuh dan menggunakan troli kayu untuk bergerak.
Sehingga kini video yang dikongsikann di aplikasi Tik Tok itu telah meraih lebih 100,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Rashid Sibir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI