Baru-baru ini tular di laman media sosial mengenai kanak-kanak, Iris Khairi yang mahir bersolek seperti orang dewasa.
Bagaimanapun, kanak-kanak berusia 11 tahun itu telah menerima kecaman daripada netizen kerana dikatakan kelihatan tua sebelum usia.
Lalu, isu ini telah menjadi perbualan hangat netizen apabila ada sesetengah individu yang memberi kecaman kepada kanak-kanak tersebut.
Penyanyi Ernie Zakri atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri telah menulis satu twit di akaun Twitter miliknya mengenai perkara ini.
“Nothing’s wrong here. She loves makeup, that’s all.”tulisnya.
Dalam pada itu, netizen telah memuji dan bersetuju dengan kata-kata yang ditulis oleh penyanyi berusia 27 tahun itu.
Iris yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tasek Permai telah memuat naik beberapa keping gambar di Facebook.
Foto : Twitter Ernie Zakri & Facebook Iris Khairi