Penyanyi terkenal seperti Azlan & The Typewriter, Nuha Bahrin, Ezra Kairo dan Zubir Khan bakal menyerikan karnival selama dua hari anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi program PKNS Pilih Karnival Kota Puteri yang akan diadakan bermula 27 Julai ini di Galeri Jualan Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.
Lebih menarik, program tersebut turut menawarkan hadiah bernilai RM15,000 untuk pengunjung bertuah.
Hadiah yang ditawarkan sepanjang dua hari karnival itu termasuklah cabutan bertuah berupa sebuah motorsikal selain barangan keperluan asas.
Malah hadiah istimewa turut diberikan kepada pengunjung yang menyertai acara sukan rakyat selain permainan menguji minda seperti Wheel Of Fortune, Minute To Win It, dan Family Feud.
Turut menjadi tarikan di dalam acara berskala besar itu termasuk pertunjukan laser, Pertunjukan Layang-Layang Moden, Zoo Mini dan rangkaian gerai jualan makanan dan minuman.
Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan terpilih perlu terlebih dulu mendaftar menerusi kod QR yang disediakan penganjur.
Menurut Pengarah Program, Ishak Hashim, PKNS Pilih Karnival merupakan inisiatif kempen gaya hidup oleh PKNS HOMES pada tahun ini.
“Pada karnival dua hari ini, orang ramai juga boleh melihat pameran projek hartanah PKNS iaitu Puteri Ariana dan Puteri Ariana 2.
“Kedua-dua projek perumahan itu berkonsepkan kediaman rumah teres dua tingkat sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memperluaskan portfolio rumah kontemporari.
“Ia bukan sahaja menawarkan kediaman yang memenuhi keperluan gaya hidup masa kini, malah pembangunan projek perumahan ini turut memberi tumpuan kepada binaan moden berkonsepkan teknologi hijau atau ‘green element’.
“Ia selaras dengan penekanan perbadanan terhadap konsep kelestarian bagi menyokong amalan ESG dalam setiap pembangunannya.
“Pada masa sama, 10 pembeli Puteri Ariana dan Puteri Ariana 2 yang membuat tempahan dengan mengisi Borang Pembelian Rumah (BPR-01) semasa hari program akan menerima baucar barangan elektrik jenama elektrik Samsung bernilai RM2,000,” katanya.
Untuk mendapatkan lebih informasi mengenai tawaran dan acara menarik ini, layari laman web rasmi mereka atau ikuti plaform media sosial yang terlibat.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini