Nur 2: “Saya Persalahkan Diri Sebab…,” – Syafiq Kyle

Share

Hero drama bersiri Nur 2, Syafiq Kyle mengakui pada awalnya agak skeptikal apabila mendengar ura-ura drama rantaian tersebut akan mempunyai sequel.

Ini kerana, pada pandangannya, drama berkenaan hanya akan berkisar terhadap apa yang pernah dipaparkan menerusi drama terdahulu. Bagaimanapun, taggapan tersebut silap.

“Apa yang saya nampak dalam skrip Nur 2 ialah suatu yang boleh dikatakan moving forward. Saya persalahkan diri sebab pada awalnya saya judge sendiri.

“Drama sequel mesti akan pusing balik dalam Nur. Tapi tidak, pengarah dan penulisnya, Shahrulezad tahu dengan apa yang dia lakukan. Dia tulis pun berdasarkan apa yang berlaku pada sama kini, selain perkara viral lainnya. Itu yang saya nampak,” katanya kepada MH.

Drama berkenaan dijangka ditayangkan bulam depan, mengisi slot Samarinda yang setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.

Pelakon lain yang turut terlibat di dalam drama bersiri ini ialah barisan pelakon asal Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani.

Selain itu, beberapa bintang turut terisi sebagai penampilan khas. Antaranya Mathni Razak, Helmi Moin, Kuna dan Zaidi Omar.

Foto: Instagram Syafiq Kyle

Published by
Rafiq Mazlan