Isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia berkongsi mengenai anak keempatnya yang dilahirkan 8 Disember lalu, Nur Afrina Aisyah.
Sambil mendedahkan nama puteri bongsunya itu kepada peminat, Almy yang juga pelakon itu turut bersyukur atas perkembangan positif puteri kesayangannya itu.
View this post on Instagram
“Nur afrina aisyah nama diberi. Puteri nombor empat.
“Lahirnya 37 minggu seberat 2.7kg. Syukur alhamdulillah. Sihat cukup sifat syukur sangat-sangat, alhamdulillah.
“Cukup 1 bulan berat sudah 4kg. Bulan ni 8/2 cukup usia 2 bulan. Kita tunggu berapa berat dia,” tulis Almy menerusi satu perkongsian yang dibuat di Instagram.
View this post on Instagram
Sambil ramai yang memuji kecomelan bayinya itu, peminat dan rakan artis turut menitipkan doa yang baik-baik buat Almy sekeluarga menerusi ruangan komen di hantaran sama.
Sekadar info, Almy Nadia dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra.
Almy sebelum ini pernah mengalami dua kali keguguran dalam tempoh beberapa bulan pada pertengahan tahun 2020 lalu.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/BC7URRDM_mI
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI