Tahniah diucapkan buat isteri dan penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka kira-kira jam 5.35 petang Khamis.
Jamal seperti yang dipetik Harian Metro menzahirkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Nur Azura Yamani itu.
“Alhamdulillah, ia adalah anugerah terindah daripada Allah SWT kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga,” katanya seperti yang dipetikk.
Bintang berusia 60 tahun ini memaklumkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, selamat melahirkan anak perempuan mereka itu secara pembedahan di pusat perubatan swasta di Shah Alam.
“Isteri dimasukkan ke wad bersalin semalam dan pada jam 5.35 petang tadi, pembedahan selamat dijalankan.
“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya,” jelasnya.
Nur Azura Yamani dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai keadaan si isteri, Jamal memberitahu, isterinya itu akan ditahan selama beberapa hari di wad sebelum dibenarkan pulang.
“Maklumlah, isteri melahirkan anak secara pembedahan dan doktor mahu memastikan keadaannya okey dulu sebelum pulang ke rumah.
“Isteri juga akan menjalani tempoh berpantang di kediaman kami di Shah Alam selepas keluar dari wad nanti,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.
Penyanyi yang baru sahaja muncul menerusi single baru, Belenggu Rindu di samping Wany Hasrita sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali, iaitu bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi ia berakhir dengan perceraian.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal turut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.
Sumber/Foto: Harian Metro/Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tular di laman Twitter apabila sekeping foto merakamkan wajah seorang mirip Instafamous dan model Muslimah, Sharifah Rose tanpa hijab.
Dipercayai, foto tersebut dirakam saat bercuti di luar negara baru-baru ini.
Malah, kelibat seorang lelaki mirip kekasihnya, anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid turut kelihatan bersama.
Mengakui kekhilafan diri, wanita ini tampil membuat permohonan maaf di laman Twitter kerana telah mengecewakan pengikutnya.
Jelas Rose, walaupun dia sedar tiada alasan bagi membuka hijab, namun menjadi tanggungjawabnya memberi penjelasan.
Ulasnya, sewaktu bercuti bersama teman-teman ke Phuket, dia meluangkan masa di pantai dan telah mengenakan pakaian sopan, walau bagaimanapun, topinya basah.
Atas sebab itu dia terpaksa mengeringkan penutup kepalanya.
Namun dia tidak menyangka ia merupakan 10 minit paling tragis dalam hidup apabila ada yang berkongsi momen tersebut di laman Instagram.
Wanita berusia 21 tahun ini turut mengucapkan penghargaan buat peminat yang tidak jemu memberi semangat dan nasihat atas apa yang berlaku.
Dalam pada itu, bintang Hollywood, Ali Gatie yang popular menerusi lagu Its You turut memberi galakan dan menyifatkan tindakan Rose memohon maaf sebagai satu sifat terpuji dan matang.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Jadilah insan yang berhemah dalam mengeluarkan pendapat.
Foto : Twitter Sharifah Rose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza yang kini menerima rawatan di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur masih berada dalam keadaan kritikal.
Perkara itu dimaklumkan isterinya, Sarimah Suleiman, petik Harian Metro.
Sarimah bagaimanapun tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai perkembangan suaminya yang menghidap kanser limfoma tahap empat.
“Saya minta maaf tak boleh nak bercakap panjang. Abang Ibnor masih dalam keadaan kritikal dan masih ditidurkan.
“Mohon doakan kesembuhannya dan semoga abang Ibnor cepat sedar dan beransur pulih,” katanya.
Terdahulu, penyanyi Meneka Dalam Kesamaran itu masih tidak sedarkan diri sejak menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Pada 10 November lalu, penyanyi itu turut menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama.
Dia turut mengalami demam berpanjangan selepas rawatan.
Ibnor yang disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu sehingga kini difahamkan sudah melakukan kemoterapi sebanyak sembilan kali.
Sejak disahkan sakit, dia membelanjakan sekitar RM80,000 bagi kos perubatan dengan menggunakan kesemua wang simpanan selain menjual tiga buah kereta miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cameron Boyce meninggal dunia ketika sedang tidur akibat serangan sawan.
Menurut keluarga, Boyce dikatakan masih menerima rawatan akibat penyakit tersebut.
Boyce terkenal menerusi watak Carlos dalam filem Descendants dan siri televisyen Jessie.
Terdahulu, bintang remaja ini memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak pada usia 9 tahun menerusi filem seram, Mirrors.
Menurut sumber, sejak kebelakangan ini, aktor ini banyak meluangkan masa melakukan kerja-kerja amal.
Dia turut dihormati dengan anugerah Pioneering Spirit Award atas usahanya mengumpul dana lebih RM100k untuk pembinaan telaga air bersih di Swaziland tahun lepas.
Foto : CNN
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI