Nur Khawla Soleha Nama Diberi, Syamel & Ernie Titip Doa Moga Anak Membesar Jadi Insan Solehah

Share

Penyanyi yang kini telah bergelar ibu, Ernie Zakri berkongsi nama cahaya mata pertamanya, Nur Khawla Soleha, pada Rabu.

Perkongsian tersebut turut dikongsikan suaminya yang juga penyanyi, Syamel di hantaran terbaru mereka di Instagram.

Pasangan selebriti ini turut menitipkan doa buat Khawla supaya menjadi anak solehah serta membesar dengan penuh rahmat dari Yang Maha Esa.

“Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak solehah Daddy dan Ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah swt. #CallMeKhawla,” tulis Ernie.

Meski belum mendedahkan figura penuh anak sulung, rata-rata peminat meyambut baik pemilihan nama anak mereka yang mempunyai maksud yang baik.

Untuk rekod, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri mendirikan rumah tangga bersama Syamel pada 26 Mac yang 2021 di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Kemudian, penyanyi berusia 30 tahun ini selamat melahirkan zuriat pertamanya itu pada 22 Februari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH