Isteri kepada Azlan Komeng Nur Nilam Ortiz yang kini giat mengusahakan perniagaan kecil-kecilan sos siam buatan sendiri mengucapkan terima kasih kepada pembeli yang menyokong.
Nur Nilam mengambil inistiatif dengan berniaga bagi membantu menyara keluarga selepas suaminya masih lagi belum boleh bergerak dengan baik sehingga hari ini akibat kemalangan.
@puan_nilamortizpenjelasan isu duit hilang, korang dengar ye🙏🙏🙏♬ original sound – puan nilam ortiz
“Yang support perniagaan sos saya, terima kasih. Memang saya tak sangka bahawa kasih sayang Allah ini luas.
“Allah hantarkan kalian untuk bantu saya di saat saya tiada siapa-siapa. Terima kasih,” katanya menerusi hantaran video di TikTok, pada Khamis.
Menerusi hantaran berlainan, dia turut berkongsi proses untuk membuat sos yang diusahakan.
Malah Azlan dilihat turut tidak tidur bagi menemaninya isteri.
“Kita tengok big boss kita. Rasanya dia tidak tidur lagi ni. Dia tak boleh kalau bini dia belum tidur, dia pun tak akan tidur,” kata Nilam di dalam video terbabit.
@puan_nilamortizinsayallah allah mudahkan proses mencari rezeki untuk suami, terima kasih semua orang baik yang allah hantar pada akak, semoga allah memberkati kalian, insayallah ALLAH BAGI SEDAP,ALLAH BAGI PADU.♬ original sound – puan nilam ortiz
Terdahulu menerusi laporan media, sos siam dijual dengan harga berpatutan.
“Alhamdulillah.. buat masa ini saya menjual sos siam yang saya buat sendiri dekat kampung. Apa sahaja kerja yang mendatangkan duit saya akan buat.
“Harga sos yang saya jual pun tak sampai RM30, Insya-Allah mampu milik.. jadi mana-mana yang nak rasa bolehla support. Rasa dulu, sebab ini buat sendiri,” katanya.
Pada 12 Oktober lalu, Azlan bersama Nilam terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang ketika dalam perjalanan ke tapak perniagaan festival makanan di Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI