Usahawan dan bintang media sosial, Coach Yin mengakui bahawa dia kini mulai sedar akan erti persahabatan.
Sahabat sejati adalah individu yang sentiasa ada, saat susah susah atau senang.
Kongsi pemilik nama penuh Mohd Tishrin Mohd Adanan ini menerusi Instagram, saat jatuh bangun dirinya satu ketika dahulu, ada segelintir sahabat yang memberi sokongan dan semangat kepadanya.
Dan tak kurang yang seperti mulai diam dan menjauhkan diri. Sekali gus, ia ‘membuka mata’ Coach Yin untuk lebih menghargai persahabatan yang dijalinkan selama ini.
“Alhamdulilah semua berjalan dgn lancar. Untuk pengetahuan anda selama ig sy kene hack, semua kwn2 sy yg jenis insta famous hilang. jika dulu ajak lepak xde masaalah. Pergi tgok wayang pun xde Masaalah.
“Tapi bila sy jatuh je. mereka semua menghilangkn diri.dekat sini lah baru sy nampak erti persahabatan dan selama 6 bulan sy susah, mereka ini lah #bradermc yang byk bg semangat kt sy.
“Mereka berkawan bkn atas dasar duit atau kepentingan.tp mereka berkawan atas nama persabahatan.
“Skrg sy dah nmpak mana kwn dan mana y jenis pentingkn diri sendiri.. xlupa jgk kepada Nur Syaza Sajadiah y sentiasa memberi semangat dan menolong sy utk dapatkn ig sy kembali.
“Terima kasih sy ucapkn,sy hargai sgt2.sebagai tanda balasan ,sy akn tolong beliau utk naik kn lagi sale bisness beliau dari segi markerting,jadi kepada anda di luar sana.hati2 memilih kwn.jgn berkwn yang sentiasa ada semasa kita senang shj,” tulisnya sambil disertakan beberapa keeping gambar bersama sahabat.
Lalu, netizen bersetuju dengan pendapat rakan kerja usahawan dan penyanyi, Nur Sajat ini kerana tetap menghargai sahabat.
Terdahulu, instagram Coach Yin telah digodam pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan pengikutnya semakin berkurangan, sejak beberapa bulan lalu.
Malah, Instagram Sajat juga turut menerima nasib sama sebelum ini.
Foto: Instagram Coach Yin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI