Meskipun pada awalnya agak meragui kemampuan diri sendiri, penyanyi tersohor, Ziana Zain membuang jauh persepsi tersebut seterusnya tampil memukau 5000 penonton yang hadir menyaksikan konsert solo pertamanya ‘Ziana Zain Konsert 2024’ yang berlangsung di Megastar Arena, malam tadi.
Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu memaparkan kisah suka duka kehidupan seorang Siti Roziana Zain dan trajektori kerjayanya sepanjang bergelar anak seni.
Tepat jam 9 malam, pentas mula dibuka namun, kemunculan Ziana yang menggamatkan seluruh pelusuk dewan sedikit terganggu dengan masalah ‘ear monitor’.
Bagaimanapun, pengalaman lebih dua dekad bergelar penghibur membuatkan Ziana kekal tenang meneruskan persembahan dan masalah tersebut berjaya diatasi di atas pentas.
Menurut penyanyi lagu Berpisah Jua ini, kejayaan konsert solo ini merupakan penyuntik semangat buat dirinya untuk meneruskan kerjaya nyanyian dan kini dia percaya usia bukanlah satu penghalang.
Ads
“Kini saya tidak sangsi lagi. Belum cuba, belum tahu. Awalnya saya sendiri kurang yakin. Boleh ke pada umur 56 saya menyanyi 20 buah lagu.
“Selepas konsert malam ini, ia menjadi booster dan memberikan semangat untuk terus buat persembahan selepas ini. Kalau ada rezeki yang Allah berikan, saya akan teruskan,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, kehadiran ramai peminat dari beberapa negara lain seperti Brunei dan Singapura membuatkan dirinya sangat dihargai.
Ads
“Saya sangat terharu dengan setiap sokongan daripada peminat lebih-lebih lagi ada yang ‘terbang’ dari pelbagai negara lain.
“Kehadiran mereka juga merupakan satu apresiasi paling besar buat saya sebagai seorang penyanyi,” ujarnya lagi.
Semalam, Ziana menghiburkan lebih 5000 penonton menerusi 20 buah lagu popular yang dinyanyikan secara penuh tanpa madley.
Ads
Antara lagu popular yang didendangkan ialah Madah Berhelah, Berpisah Jua, Kemelut Di Muara Kasih dan Anggapanmu.
Pada malam tersebut juga, Ziana menggayakan tiga pasang busana indah hasil rekaan pereka fesyen terkenal tempatan iaitu Rizman Ruzaini, Rizalman dan Ezuan Ismail.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perjalanan lagi selangkah Ajoi Zainal untuk mara ke pentas akhir Big Stage 2022 tidak kesampaian apabila namanya diumumkan peserta yang tersingkir di konsert minggu ketujuh, malam tadi.
Bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104), Ajoi menerima markah sebanyak 76.10 peratus.
Ajoi atau nama sebenarnya, Muhammad Qaidzul Zainal Abidin, 24, menyanyikan lagu Setelah Kau Tiada nyanyian asal Cakra Khan dan pusingan battle Di Alam Fana Cinta (Fotograf).
Meski Tegar mendapat markah terendah daripada juri, namun undian peminat membantu menyelamatkan bintang asal Indonesia ini.
Ini dia jumlah markah yang diterima setiap peserta;
1. Daniel Chuer – 93.00%
2. Aisha Retno – 87.80%
3. Yazmin Aziz – 79.30%
4. Elica Paujin – 77.40%
5. Ajoi – 76.10%
6.Tegar Septian – 65.10%
Secara automatik, lima peserta yang layak ke pentas akhir pada 27 Mac depan ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin dan Tegar.
Juara bakal bawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh di laman sosial mengenai hubungan rumah tangga seorang pendakwah yang kahwin kali kedua, lalu didakwa telah menceraikan isteri pertama ketika hamil baru-baru ini.
Sekali gus, ia menjadi bualan ramai pihak termasuk Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut memberikan reaksi.
Malah, ada individu yang mahu penjelasan terperinci dari Syed mengenai isu tersebut.
Soalnya, apakah wajar menceraikan isteri sedang hamil menerusi aplikasi WhatsApp atas sebab nusyuz tanpa sempat isteri membuat pembelaan?
Lalu, ini jawapan panjang lebar dari Syed.
“Talak adalah Jalan Terakhir Untuk Sesebuah Ikatan Perkahwinan.
“Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.”
“Apakah punca perceraian itu terjadi?
“Adakah ianya satu2nya Jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah yg hadir dalam rumah tangga?,” jelasnya.
Malah, Syed menjelaskan dia tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga pendakwah itu; sebaliknya doakan yang terbaik buat dia, isteri dan ahli keluarga.
“Ambe taknak masuk campur urusan yg telah terjadi, insyaAllah masih boleh diperbaiki, mohon netizen doakan agar apa2 masalah jgn kita taburkan lagi minyak ke dalam api, kadang² yg kecil boleh jd marak.
“Bagi netizen, beragaklah dlm mengecop pendakwah, kerana kita tidak berada di situasi mereka,” tulisnya.
Penyanyi, Elizabeth Tan megumumkan telah mengundurkan diri daripada syarikat rakaman Warner Music Malaysia selepas tiga tahun.
Menurutnya, tindakan itu dibuat bagi memberi ruang buat dirinya untuk terus fokus kepada kerjaya seni lainnya selepas ini.
“Saya ingin berkongsi yang mana saya sudah meninggalkan syarikat rakaman Warner Music Malaysia selepas tiga tahun bersama mereka. Sejujurnya, keputusan dibuat ini bukan sesuatu yang mudah.
“Tapi, saya perlu teruskan kerana ingin beralih ke fasa baru dalam hidup. Selepas ini saya mahu beri tumpuan pula kepada minat yang lain dan tidak tertumpu kepada muzik semata-mata.
“Dalam erti kata lain, saya mahu melangkah keluar dari zon selesa selama ini iaitu selepas tujuh tahun menjadi penyanyi,” katanya.
Elizabeth yang selesa disapa Lizzy itu turut memaklumkan, kontrak bersama syarikat rakaman tersebut telah tamat pada bulan Februari lalu.
Bagaimanapun, bintang tersebut turut menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan hal berkaitan.
“Dari bulan Februari sehingga sekarang, berlaku sedikit kesukaran, ia masih lagi dalam proses dan keputusan ini saya buat untuk diri sendiri serta mahu keluar secara baik.
“Saya juga telah mengunakan khidmat peguam bagi untuk menyelesaikan perkara ini, jadi surat daripada pihak peguam telah dihantar kepada mereka beberapa bulan lalu.
“Namun, masalah ini masih berlarutan meski surat daripada pihak peguam telah dihantar,” katanya menerusi satu sidang media yang dilangsungkan secara virtual, hari ini.
Foto: Instagram Elizabeth Tan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...