Otai masih berbisa! Keunggulan serta bakat muzik kumpulan legenda negara, Kembara sememangnya tidak perlu dipertikaikan.
Penuh bertenaga mempersembahkan Konsert Kembara: Panorama Jingga 1444 Hijrah yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC baru-baru ini, 2,600 peminat setia Kembara pulang dengan penuh kepuasan apabila sebanyak 30 buah lagu berjaya dimainkan pada malam tersebut.
Untuk konsert kali ini, Kembara muncul dengan gabungan tenaga dan kehebatan vokal Datuk M.Nasir, Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard).
Memperincikan muzik Kembara yang lebih tertumpu pada keunikan senikata, selaku pengasas Kembara, M.Nasir berkata kumpulan itu berjaya memenangi hati peminat menerusi lagu-lagu bertemakan rakyat yang dekat dengan jiwa ramai.
“Istimewanya konsert ini kerana ia merupakan suara satu generasi… generasi yang saya maksudkan ialah generasi 80-an.
Ads
“Selain rock muzik yang keras, Kembara membawakan satu muzik yang berbeza iaitu daripada segi senikata. Kembara banyak bertemakan kerakyatan dan itu ciri khas kami.
“Ini bukan muzik lama tapi muzik sekarang. Bila kita buat muzik, kita tidak hanya tuju kepada generasi itu (80-an) sahaja, bentuk muzik akan menjangkau generasi,” kata M.Nasir.
Persembahan yang berlangsung selama tiga jam menerusi seleksi 30 buah lagu popular Kembara daripada album keempat hingga album ketujuh itu turut menampilkan penyair popular Pyan Habib yang muncul sebagai tetamu istimewa membawakan ingatan peminat kepada filem Kembara Seniman Jalanan dengan watak ikoniknya Osman Tikus.
Ads
Antara lagu-lagu yang ditampilkan pada malam itu adalah seperti Kepadamu Kekasih, Gadis Berpurdah Hitam, Mencurah Janji Di Daun Keladi, Keroncong Untuk Ana dan Nyanyian Jiwa.
Kerancakan konsert itu berterusan hingga ke penghujung apabila peminat bersama-sama bangun, menari dan ‘sing along’ menerusi lagu encore yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Hati Emas dan Gerhana.
Ads
Konsert itu turut dihadiri rakan artis seperti Datuk Ramli Sarip, Mafarikha, Aloy Paradoks dan Nadiya Nisaa.
Rata-rata penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur kelihatan puas sehingga ada yang menitiskan air mata apabila dapat melepaskan rindu berhibur dengan kumpulan muzik Kembara yang dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn. Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Sudasan Shiraz Projects
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Badan semakin mantap dan semoga berjaya”. Ini antara komen yang diterima hos dan pelakon, Ammar Titan atau Azizul Ammar selepas memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dirinya sedang aktif melakukan senaman di gimnasium.
Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya, Ammar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan ada berkongsi beberapa keping foto transisi perubahan sebelum dan selepas melakukan rutin kecergasan.
Dalam pada itu, menerusi ruangan kapsyen entri berkenaan, rata-rata pengikut bintang berusia 33 tahun ini menitipkan kata semangat di samping ucapan hari jadi, selain teruja melihat perubahan dirinya itu.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan rakan artis dan peminat mendapat respon Ammar
Ammar mula dicungkil bakatnya menerusi program realiti Bintang Mencari Bintang terbitan TV3. Dia ketika itu bergandingan dengan Issey menerusi grup diberi nama Titan.
Perkongsian foto terbaharu daripada pelakon Hafidz Roshdi, 29, di Instagram hari ini menjadi sorotan peminat.
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik, memaparkan Hafidz sedang mengisi masa bersama dua anaknya, Humairah, 6 dan Umar, 2, membeli barang permainan.
Pelakon Izara Aishah selamat bersalin anak kedua dan berita gembira itu dikongsikannya bersama suami, Adib Khalid menerusi Instagram masing-masing, sebentar tadi.
Di dalam video pendek yang dikongsi, kelihatan Adib sedang memangku bayi yang baru dilahirkan itu sambil diperhatikan anak pertamanya, Irisa Alaia.
Belum berkongsi mengenai perincian kelahiran anak keduanya itu, masing-masing hanya meletakkan emoji ‘tangan yang sedang berdoa’ menerusi ruangan kapsyen.
Pelakon Datuk Aaron Aziz terus melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan dengan menjadi rakan kongsi kepada syarikat umrah dan percutian terkenal, Persada Global Holidays.
Langkah ini...