“Nyanyi Dukung Cucu Pun Steady,” – Komen Netizen Bila DS Siti Nurhaliza Nyanyi Sambil Dukung Arif Jiwa, Tetap Merdu!

Share

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi video dia menyanyi sambil mendukung cucunya, Arif Jiwa Asyraf di laman Instagramnya.

Difahamkan, situasi tersebut terjadi ketika Siti sekeluarga menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

“Bila umiti menyanyi bagi pengantin #firstdance , @arifjiwaasyraf pun mintak naik pentas nak nari ngan umiti … nasib aafiyah blom pandai jalan,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang memuji Siti kekal ‘steady’ saat menyanyi sambil mendukung cucunya itu.

Tidak kurang juga memuji Siti kekal cantik walaupun sudah memegang ‘title’ nenek.

Alahai, comel betul video itu. Nampak kemanjaan Arif dengan Umitinya! Apa-apapun, tidak mustahil satu hari nanti, Arif akan mengikut jejak langkah ibu dan neneknya untuk bergelar seorang selebriti kan? Bakat dah ada tu.

Foto/Instagram: CTDK

Published by
Khaleeda Rashikin