Penyanyi dah usahawan, Siti Nordiana melahirkan rasa teruja apabila berpeluang untuk bersua secara empat mata dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ziana Zain.

Menyifatkan keduanya sebagai antara individu penting dalam perkembangan seninya, penyanyi yang popular menerusi lagu Hatiku Milikmu ini turut mencoretkan sesuatu yang mungkin ramai tak tahu.

Katanya, kerana menyanyikan lagu Tok Ti, dia akhirnya dipilih sebagai pemenang lalu ditawar menjadi artis rakaman!

Pendedahan tersebut dibuat Nana menerusi Instagramnya yang dikemas kini.

Ads

“Dari dulu sampai skang, nana sentiasa mengkagumi @ctdk.

“Malah personaliti kak iti yang humble itu sering menjadi sumber inspirasi nana untuk berjaya mcm beliau.

“Nana ingat lagi masa bertanding kat n9, lagu kak ct la yg nn nyanyi , menang dan terus jadi artis. Tq kak iti. Dirimu akan selalu jadi inspirasi ” tulisnya.

Ads

Malah, Siti Nordiana turut memuat naik gambarnya bersama Ziana Zain, sama dengan nukilan dedikasi terhadap penyanyi Lembah Asmara dan Dingin itu.

Ads

Dalam perkembangan lain, Nana kini giat menjalani latihan bersama rakan duet Jaclyn Victor sebagai persediaan bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-33, 3 Februari depan.

Foto: Instsgram Siti Nordiana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI