Meski sudah enam hari pelawak Abam Bocey meninggal dunia, namun, jasa dan namanya masih diperkatakan ramai.

Mana tidaknya, setiap perkara yang dilakukan arwah sudah cukup membuatkan orang ramai terkesan dengan amalan kebaikannya bersama keluarga, sahabat, anak yatim, peminat dan sesiapa yang mengenalinya.

Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Irysya Asyreena atau mesra disapa Isya telah menyanyikan lagu khas untuk arwah Abam bertajuk Pemergianmu.

IKLAN

Menerusi video yang dirakamnya, Isya menyanyi lagu rap dengan penuh penghayatan dan lirik yang mendalam.

Difahamkan, kanak-kanak 11 tahun itu hanya menyampaikan lagu tersebut, manakala lirik hasil ciptaan kenalannya sendiri.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 10,000 tontonan dan ratusan komen.

IKLAN

Nyanyi Lagu Rap Khas Untuk Arwah Abam, Kanak-Kanak 11 Tahun Ini Jadi Perhatian Nyanyi Lagu Rap Khas Untuk Arwah Abam, Kanak-Kanak 11 Tahun Ini Jadi Perhatian Nyanyi Lagu Rap Khas Untuk Arwah Abam, Kanak-Kanak 11 Tahun Ini Jadi Perhatian Nyanyi Lagu Rap Khas Untuk Arwah Abam, Kanak-Kanak 11 Tahun Ini Jadi Perhatian

Nyanyi Lagu Rap Khas Untuk Arwah Abam, Kanak-Kanak 11 Tahun Ini Jadi Perhatian

IKLAN

Terdahulu, Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi 10 Februari lalu.

Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Video : Instagram Isya Jr

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI