“Sungguh mega!” Mungkin itu yang boleh diungkapkan MH selepas menonton konsert Siri Jelajah Siti Nurhaliza On Tour yang berlansung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Mengalunkan 31 buah lagu dan dua lagu duet bersama Tulus, penghibur terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampak konsisten dari segi vokal dan persembahannya.

Memang awesome dan tahniah buat semua produksi yang menjayakan perjalanan Siti Nurhaliza On Tour dengan jayanya.

Apapun, ini dia corat-coret menarik sepanjang konsert yang berlangsung lebih dua jam itu!

– Anak Tok Ti, Aafiyah yang turut hadir ‘menonton’ ibunya membuat persembahan mendapat tepukan gemuruh penonton saat melalui arena. Malah, Tok Ti sempat bergurau dengan penonton dengan ayat “Aafiyah…anak ibu”.

– Menerusi segmen pembukaan, Tok Ti sengaja membuka tirai persembahan dengan  lagu-lagu tradisional dalam usaha mengangkat martabat genre muzik itu. Malah, dedikasi buat Allahyarham Pak Ngah turut menarik perhatian.

– Keluarga Allahyarham Pak Ngah dan Adnan Abu Hassan turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap Tok Ti. Kedua-dua figura berkenaan memang sinonim di dalam perjalanan seni artis berkenaan.

– Tok Ti turut sempat meluahkan kesedihan terhadap peristiwa sedih yang berlaku di dalam dan luar negara, sambil sedekahkan Al-Fatihah.

– Ketika Tok Ti menyanyikan lagu Hati Kama, penonton kagum dengan replika wayang kulit yang ‘menari-nari’ di lantai arena.

– Genap 20 tahun, konsert Siti Nurhaliza On Tour dilangsungkan di veneu sama.

– Rakan artis turut hadir memberikan sokongan buat penyanyi ulung ini. Antaranya Khai Bahar, Siti Sarah serta Shuib, Dayang Nurfaizah, Anne Farina dan ramai lagi.

View this post on Instagram

#sitinurhalizaontour @ctdk

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

– Kelibat usahawan sensasi, Sajat yang turut hadir menonton mendapat sorakan dan tepukan gemuruh audiens.

– Persalinan gaun kembang rona merah cili rekaan Fizi Woo yang dikenakan Tok Ti cukup unik kerana ia turut disulam dengan bait-bait lirik lagu di bahagian hadapan gaun.

– Sebagai kelainan, Tok Ti turut menyanyikan lagu ucapan hari jadi buat semua peminatnya yang lahir pada bulan ini dan membuka peluang buat audiens memilih lagu untuk Tok Ti nyantikan secara acapella.

Foto: Instagram selebriti