Juri Final All Star Gegar Vaganza, Hetty Koes Endang memuji persembahan pertama penyanyi, Siti Nordiana yang membawakan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah.
Menurut Hetty, nyanyian Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana ternyata telah menyentuh hatinya.
“Merinding bulu roma bonda bila saat chorusnya. Kamu sudah buat yang terbaik,” katanya.
Malah, juri asal Indonesia ini juga memuji pemilihan lagu yang telah dibuat oleh Nana.
Ads
Pada masa sama, Hetty meminta
peserta lain untuk terus memberikan persembahan terbaik untuk menyayingi persembahan Nana ini.
“Bagaimana perasaan kamu masuk ke peringkat akhir? Syukur bangga kerana kamu masuk hingga titik saat ini.
Ads
“Menurut saya, lagu pertama ini nilainya agak tinggi berbanding dua lagi lain.
Ads
“Jadi peserta yang bertanding perlu all out. Menurut saya, kamu ‘grand’, mantap,” ujarnya lagi.
Nana selepas ini bakal mempersembahan dua buah lagu lagi menerusi tugasan duet dan battle.
Dua lagu tersebut adalah Kemarin dan Let’s Kill This Love.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Fasha Sandha, 35, selamat bergelar isteri kepada aktor, Aidil Aziz dengan sekali lafaz.
Meluahkan kesyukuran selesai majlis akad nikah, ulas pelakon lelaki ini. Dia bersyukur atas jodoh yang telah ditetapkan.
“Syukur alhamdulillah, selesai dengan sekali lafaz, majlis akad nikah. Saya bersyukur sebab Fasha Sandha adalah isteri saya.
“Allah telah tetapkan jodoh kami. Saya mengharapkan hubungan ini kekal hingga akhir hayat.
“Doakan kami berbahagia dan cepat-cepat dapat anak, insya-Allah.”
Dia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga dan teman-teman atas kesudian meraikan hari bahagia ini.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada keluarga saya, kepada keluarga baru saya. Kepada saudara mara, sahabat-sahabat dan teman-teman media. Terima kasih sebab meraikan majlis kami.
“Semoga anda semua dirahmati Allah. Insya-Allah,” ulas Aidil usai majlis akad nikah.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 November 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Ampang.
Fasha sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana enggan terlalu memikirkan kritikan segelintir pihak yang kurang senang melihatnya menggunakan gimik perkahwinan bagi mempromosikan konsert solonya, ‘Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun’.
Menurut Siti Nordiana atau lebih disapa Nana, tema perkahwinan hanyalah sebagai simbolik keakrabannya bersama para peminat setia.
“Saya tak risau bila ada yang kecam. Bila kita terangkan, saya pasti para netizen akan faham. Konsep yang kita pilih adalah perkahwinan dengan peminat.
“Mungkin ini memberikan sedikit kelainan. Seperti kita sedia maklum, saya punyai peminat yang sangat sayangkan saya.
“Jadi, saya nak hadiahkan sesuatu yang istimewa buat mereka yang telah menyokong saya sejak tahun 1999,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Terus Mencintai ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media eksklusif yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.
Dalam pada itu, Nana turut memaklumkan dirinya sudah menemukan beberapa calon duet untuk menggalas tanggungjawab menyanyikan lagu ‘berhantu’ Memori Berkasih.
“Kita sudah senarai pendek beberapa nama sebagai artis undangan dan rakan duet. In Sha Allah apa yang saya pilih ini adalah yang terbaik
“Saya pun tahu aura arwah Achik Spin untuk lagu Memori Berkasih ini sangat besar. Jadi, saya akan pilih meraka yang benar-benar mampu membawakan lagu ini dengan baik,” ulasnya.
Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyuarakan keyakinan dirinya bakal bersedia daripada segi mental dan fizikal meskipun pernah mengalami masalah suara sebelum ini.
“Kondisi suara saya sudah semakin baik setelah saya mendapatkan rawatan. Sudah hampir setahun saya makan ubat-ubatan dan alhamdulillah beransur pulih.
“Saya juga masih menghadiri kelas vokal. Saya hanya boleh berdoa agar segalanya dipermudahkan,” katanya lagi.
Ditanya mengenai soal perkahwinan, Nana memaklumkan tidak pernah menutup pintu hatinya.
“Saya tak kisah bila orang tanya fasal kahwin. Jawapan saya tetap sama, belum ada jodoh lagi. Namun, kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan.
“Kalau ada jodoh, saya akan terima. Saya kini hanya fokus dengan kerjaya. Sama seperti sejak awal kemunculan saya dalam dunia seni,” akhirinya.
Konsert ‘Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun’ bakal berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 11 Mei 2024.
Tiket bakal mula dijual pada 2 Febuari bermula pada harga RM188 (Paling Comel), RM288 (Memori Berkasih), RM308 (Mainan Cinta) dan RM4888 (VIP Box, 8 Pax Per Box).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres Rita Rudaini bersuara mengenai isu disiplin pelajar, khususnya yang membabitkan institusi pendidikan, menerusi satu perkongsian yang dikongsikan di Instagram, hari ini.
Luahannya itu...