Pelakon Nynaa Harizal memaklumkan dia selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 29 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Menerusi laman Instagram miliknya, Nynaa atau nama sebenar, Nurul Hanynaa Harizal, 27, berkongsikan gambar jari puteri sulungnya itu buat tatapan umum.
“Alhamdulillah for everything, 29.1.23.
“Kami sudah bertiga sekarang, syukur Alhamdulillah,” tulis Nynaa.
Menurut Nynaa, dia terpaksa melahirkan anak lebih awal daripada jangkaan iaitu 2 Februari selepas mengalami tanda-tanda sakit bersalin ketika melakukan pemeriksaan.
“Saya rasa sangat lega apabila sudah selamat melahirkan bayi kami. Alhamdulillah, dengan izin Allah semua berjalan lancar.
“Saya memang memilih untuk melahirkan secara pembedahan kerana kami boleh merancang tarikhnya.
“Namun, apabila buat pemeriksaan kesihatan, doktor beritahu saya sudah mengalami kontraksi dan dinasihatikan untuk terus melahirkan anak,” katanya.
Untuk info, Nynaa mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 31, pada 28 Ogos 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.