Penyanyi remaja, Masya Masyitah mengakui tidak berasa ralat meskipun terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai sebuah pertandingan nyanyian di negara China.

Menurut Masya, penarikan diri tersebut adalah disebabkan beberapa format pertandingan yang tidak dapat dia penuhi

“Saya akan utamakan apa yang penting dulu. Saya pun wanita bertudung. Takkan disebabkan satu pertandingan kita sanggup nak buka tudung.

“Saya pun terpaksa tolak tapi tak mengapa dekat China ada banyak lagi pertandingan.

“Mungkin pertandingan itu tak sesuai untuk saya sebab dia turut menguji bakat-bakat lain seperti menari dan bermain alat muzik.

Ads

“Saya akan cari pertandingan yang betul-betul menguji vokal saya,” katanya kepada MH.

Ditanya mengapa dia lebih memilih untuk menyertai pertandingan nyanyian di luar berbanding di dalam Malaysia, Masya punyai jawapannya yang tersendiri.

Ads

“Saya rasa mungkin saya akan cuba market di sana dahulu. Untuk market lain kita kena tengok dulu macam mana. Saya pun nampak rezeki saya mungkin lebih di sana.

“Saya ada teringin nak masuk Big Stage tapi orang kata mungkin belum peluang saya lagi.

Ads

“Saya belum pernah cuba untuk pergi audition lagi sebab kalau boleh, saya nak mantapkan vokal saya dulu.

“Memang seronok kalau dapat masuk, nama pun boleh jadi lagi famous. Tapi kalau kita masuk pun nanti menyanyi terabur pun tak best juga nanti.

“Sudah tentu saya tak nak tersingkir awal dan kalau boleh saya nak menang,” jelasnya.

Selain fokusnya dalam bidang nyanyian, Masya kini turut dilihat menceburkan diri dalam bidang perniagaan apabila kini sibuk menguruskan bisnes kek dan popia bersama ibunya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI