Selepas terbongkar rupanya Datin Seri Maria Farida yang mengenakan kostum Pepatung di pentas The Masked Singer Malaysia 2 (TMSM2), bintang tersebut tampil memberikan reaksinya.
‘Pepatung’ berjaya berada dalam saingan selama tiga minggu dan telah menunjukkan persembahan yang baik, meski Maria bukan seorang penyanyi.
“Oh dear… Kantoi! Jangan lupa untuk terus menyaksikan The Masked Singer musim kedua,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis dan peminat turut meninggalkan komen menerusi sekeping foto yang dikongsikan Maria di Instagram.
Masing-masing memberikan respon positif dan tak kurang yang memuji penampilannya yang jelita.
“You are so beautiful. Selalu geli Pepatung but if you yang jadi Pepatung memang tak geli. So vogue, anggun.”
“Im so proud of you Datin.”
“Wanita paling cantik di Malaysia, bertuah Datin miliki kecantikan sebegini…”
“Serius tak predict itu Datin. As long as you having fun.”
“So pretty Datin, awet muda.”
“Tahniah… Berjaya kelirukan juri-juri.”
Itu antara komen tertera hasil tinjauan MH dan ada di antaranya yang turut mendapat respon balas Maria.
TMSM2 menyaksikan sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikannya setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Majalah Nona