Masih terasa kehangatan konsert Good Vibes Festival 2019 yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang yang telah melabuhkan tirai pada Sabtu dan Ahad yang lalu.
Baru-baru ini, telah tular satu rakaman video di laman media sosial Twitter ketika penyanyi antarabangsa Malaysia, Yuna membuat persembahan di konsert berkenaan.
Menerusi rakaman video tersebut, terdapat seorang invididu yang telah menlontarkan perkataan yang seakan mempersoalkan bakat nyanyian Yuna.
“smlm tgah rakam yuna nyanyi kat gvf , terakam sekali this girl marah ada budak laki ni ckp “ ohhhh melayu “ when yuna sing her melayu song,” kongsi invidu tersebut.
Perkongsian tersebut telah menjadi perhatian netizen sekaligus meraih 14 ribu tontonan di laman media sosial.
Rata-rata netizen berasa bengang dan tak puas hati dan berang apabila menonton rakaman video yang berdurasi 40 saat itu.
Begitulah ragam orang kita, bak kata pepatah kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
Video : Twitter Leeshxf