Pasangan pelakon, Mawar Rashid dan Raf Yaakob memang dikenali sebagai pasangan yang ‘sweet couple’ gitu.
Kisahnya, semalam Mawar muat naik video sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama yang diadakan pada 9 November lalu.
Pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu sempat berkongsi penghargaan terhadap suaminya selama setahun usia perkahwinan mereka itu.
“So this is our 1st anniversary video. Husband, I hope you love the surprise and the location I’ve chosen to celebrate our 1st anniversary as husband and wife,”
tulisnya.Oh my! Sweet sangat Mawar dan Raf ini! Turut sama bersetuju adalah netizen yang ramai memuji pasangan tersebut di ruangan komen.
PMawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017 dan kini sedang hamil anak pertama mereka.
Raf mempunyai dua orang anak dengan perkahwinan terdahulunya, Raden Ahmad Rayyan, 7 tahun dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3 tahun.
Foto/Instagram: Mawar Rashid