Tidak sampai sehari lagu terbaru Bunga Citra Lestari, 12 Tahun Terindah yang dimuat naik ke saluran YouTube miliknya, klip video lagu tersebut telah pun meraih hampir 5 juta tontonan bersama ribuan komen dari peminat.
Klip video berkenaan yang merakamkan memori kehidupannya bersama suami, Allahyarham Ashraf Sinclair bersama anak mereka Noah Aidan Sinclair nyata membuatkan ramai yang rasa syahdu.
Malah, liriknya juga cukup meruntun perasaan.
Terdahulu, bintang asal Malaysia, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Malah sejak Jun lalu, BCL menerusi Instagram memuat naik beberapa keping foto kenangannya bersama Allahyarham dan anak tunggal mereka sebagai simbolik 12 tahun sehidup semati.
https://www.youtube.com/watch?v=EKB9Mftcetg
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kaka Azraff Umum Jantina Anak Sulung, Warna Biru Simbolik Bayi Lelaki!
Penyanyi, Kaka Azraff membuat kejutan buat peminat apabila mengumumkan jantina anak dalam kandungannya kini berusia lapan bulan.
Menerusi perkongsian Insta Stories rakannya, Alicia Amin yang juga merupakan seorang model, Kaka dan suaminya, Adam Azriff telah meraikan majlis baby shower di sebuah kafe di Subang pada malam Ahad.
Menerusi video tersebut, pemilik nama penuh Nor Atiqa Noor Azraff ini mula ‘memecahkan’ belon berbentuk berlian, lalu cebisan kertas berwarna biru jatuh bertaburan.
Sekali gus, ia mendapat sorakan orang ramai sebaik sahaja Kaka mengumumkan jantina anaknya.
Untuk pengetahuan, warna biru adalah simbolik bayi lelaki, manakala warna merah jambu pula simbolik bayi perempuan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bukan Hal Aku ini juga bersyukur kerana dikurniakan dua orang ibu yang penyanyang (ibu kandung dan ibu mertua).
“Ma QUEENS.. My marriage gave me more than a husband ; It gave me a second mom 😍 thank you for everything Mummy,” tulisnya.
Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu dan kini menanti detik kelahiran cahaya mata sulung.
Video/Foto : Instagram Alicia Amin/ Kaka Azraff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tinggalkan Dunia Selebriti, Kembalilah Ke Jalan Allah Dan…,” – Bapa Da’i Syed Buka Mulut Mengenai Dakwaan Rogol Kaitkan Anaknya
Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai tuduhan seorang individu yang mendakwa pendakwah muda, Da’i Syed telah memperkosa seorang gadis.
Lantaran itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail kerana menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah.
Perkara tersebut mendapat perhatian ramai pihak termasuk bapanya sendiri, Seif Jamalullail yang difahamkan ketika ini sedang menetap di Cairo, Mesir.
Luah Sief Jamalullail, dia sedar mengenai perkara tersebut dan segala didikan telah diberikannya kepada Da’i Syed.
“Assalamualaikum wbt. Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral.
“Masing-masing menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan disini utk tatapan semua yg bertanya.
“Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan utk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.
“Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah swt untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Allah mengembalikan anak saya ke jalan yg benar dan diredhoi sebelum ianya terlambat.
“Saya lebih rela dia diadili didunia daripada dihadap diakhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Syed Jamalullail menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
Dalam pada itu, Seif Jamalullail turut mendedahkan isu seperti ini bukanlah baru malah turut menyifat dia sekeluarga penat untuk berhadapan dengan perkara sedemikian.
“Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yang bermuamalah dengan dia supaya berhati-hatilah, terutama pada wanita.
“Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak. Kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari teman-teman di sekolah.
“Bagi mereka-mereka yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.
“Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut,” kongsinya lagi.
Sementara itu, sebagai peringatan, Seif Jamalullail turut memberikan teguran terbuka buat anaknya itu.
“Peringatan terbuka kepada Dai Syed : ‘Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis.
‘Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu.’
“Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati,” akhirnya.
Sumber: Facebook Seif Jamalullail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Penat Duduk Rumah, How About Our Frontliners?” – Jovian Mandagie Bakal Agih ‘Jovian Mask’, Sama-Sama Bantu
Usahawan dan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie meluahkan rasa simpati kepada petugas barisan hadapan atas komited menangani pandemik Covid-19 tanpa jemu.
Masakan tidak, kes positif harian dilihat masih belum menunjukkan penurunan meski sudah hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan di seluruh negara.
“5812 CASE HARI NI! Dah nak SEBULAN LOCKDOWN, case number tak turun2. Kita dah penat duduk rumah, how about our frontliners? PENAT GILA RASANYA!
“I think we should cheer them up a little, i macam nak give them some presents at all major hospitals. Who’s joining me? CLICK LINK ON BIO, Thank you Jovianista,” tulisnya.
Sebagai tanda penghargaan, pereka feysen itu memaklumkan bakal menghadiahkan pelitup muka jenamanya kepada petugas barisan hadapan di pusat kesihatan terpilih, mulai esok.
Lalu, Jovian pada masa sama turut memohon sokongan dan sumbangan daripada orang ramai untuk menderma sambil beramal.
“Jika diberi izin, saya akan mula hadiahkan Jovian mask kepada hospital-hospital besar, PPV dan pusat-pusat Frontliners mulai esok.
“Sokongan dan bantuan anda semua sangat di hargai. JOM! HADIAHKAN FRONTLINERS KITA bersama-sama! Click link on bio to donate now,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap murni yang ditonjolkan oleh pereka fesyen berusia 34 tahun itu.
Foto: Instagram Jovian Mandagie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI