Pengacara dan usahawan, Neelofa mengambil pendirian untuk menyokong setiap keputusan yang dilakukan kakaknya, Noor Nabila berhubung sekeping foto yang dimuat naik Nabila hari ini.

Berkongsi hal tersebut dengan lebih lanjut, Neelofa punya jawapannya sendiri.

“Saya tahu, saya merupakan individu yang akan ditanya mengenai apa sahaja perkara yang berlaku melibatkan mereka.

“Tetapi apabila bercakap mengenai situasi yang berlaku, saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab setiap persoalan media.

“Cuma saya nak semua orang tahu saya akan menyokong apa sahaja tindakannya asalkan kakak saya gembira. Saya, keluarga dan rakan-rakan sentiasa berada di belakangnya dalam apa sahaja situasi,” katanya.

Ads

Ditanya mengenai apakah perasannya ketika ini, Lofa tidak menafikan Nabila sudah melalui dugaan.

“Oh tuhan, dia telah lalui macam-macam dugaan. Tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang dilalui olehnya ketika ini.

“Apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang sangat kuat dan dia berhak untuk mendapatkan yang terbaik dalam perkahwinan. InsyaAllah, Tuhan akan permudahkan segalannya,” harap Neelofa.

Ads

Terdahulu, bintang kelahiran Kelantan ini ditemui pada majlis pelancaran serum Advanced Genifique Lancome di Centre Court, Pavilion pada Khamis.

Pada masa sama, Neelofa menyifatkan kakaknya itu mampu untuk berdepan dengan spekulasi netizen mengenai hal rumah tangganya.

Ads

“Spekulasi yang dibuat netizen adalah suatu hal yang normal dan saya merasakan Nabila mampu untuk mengendalinya. Nantikan sajalah…,” maklum Neelofa.

Sebelum ini, Nabila ada berkongsi sekeping foto dipercayai telah diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Perkara tersebut sekali gus memberi pelbagai spekulasi di kalangan netizen hingga ada yang mendakwa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad.

https://www.instagram.com/p/B1v4k8LHKOt/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI