Pengasas kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan mengenai keadaan dirinya yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 tahap tiga sejurus pulang daripada bercuti di Turki.

Sambil menyatakan ucapan terima kasih atas doa baik-baik yang diterima, usahawan ini mendedahkan dia sebenarnya sudah masuk hospital hampir seminggu lalu dan apa yang terjadi bukan dibuat-buat.

Rupanya Sudah 4-5 Hari Masuk Wad, Aliff Syukri Perjelas Keadaan Terkini – “Okay Apa Lagi Nak Tanya?” Rupanya Sudah 4-5 Hari Masuk Wad, Aliff Syukri Perjelas Keadaan Terkini – “Okay Apa Lagi Nak Tanya?”

“Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih yang telah mendoakan kesihatan saya. Sebenarnya saya telah dimasukkan ke hospital 4-5 hari yang lepas dan sekarang masih di wad Hospital Damansara bukan sekadar gimik ya.

“Dan memang tak nak inform sesiapa waktu saya tengah lemah sangat sebab saya pitam terlalu sakit. Bila saya dah sedar dan beransur pulih baru saya posting vidio tu,” tulisnya di Instagram pada Khamis.

Ads

Dia pada masa sama tidak menafikan ada yang mendakwa apa yang dialami sekadar demam biasa.

“Sebab ramai juga yang ingatkan saya sengaja atau demam biasa, lagi-lagi mak saya tu dia tak faham saya. Sebab tu saya posting sekali dengan surat pengesahan saya Covid-19 peringkat ketiga,” tulisnya lagi.

Aliff antara lain turut menjelaskan mengenai beberapa perkara lain yang menjadi pertanyaan di kalangan warganet.

Ads

Rupanya Sudah 4-5 Hari Masuk Wad, Aliff Syukri Perjelas Keadaan Terkini – “Okay Apa Lagi Nak Tanya?”

“Ramai juga yang cakap kenapa saya punya tempat hospital cantik sebab saya duduk hospital swasta, saya pilih bilik yang cantiklah. Bukan kerajaan yang ditanggung insuran (insuran akan bayar bila you stage 3 keatas sahaja ya).

“Soalan kenapa saya boleh makan buah2 sedap (sebab saya dah recover) bukan masa nazak sakit tu sy makan. Okay apa lagi nak tanya? Banyak sangat makcik bawang kurang kerja di sini,” tulisnya lagi.

Ads

Meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan reaksi pelbagai termasuk mendoakan kesembuhan buat penyanyi lagu Bobo Di Mana itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instgaram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI