Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram yang dikemas kini.

Menerusi rakaman video tersebut, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dilihat telah menghadiahkan sepasang kasut dari jenama Adidas edisi terhad buat kekasihnya, pengacara Nabil Mahir.

Sambil memasang tali kasut yang dirakam dalam sebuah kereta, Nabil kelihatan senyum kegembiraan apabila menerima hadiah istimewa daripada Ayda.

“Okay dia tak nangis dah. That day he bought for me GD AF1 Para-Noise, now I kita bagi favourite dia. Don’t keraaaaai wuvv.

IKLAN

“Ehem. Muka dia tak berdebar-debar macam yang tengah trending tak twitter sekarang. You guys are cute tho. #AydaJebat #NabilMahir #WuvvWaff,” tulisnya.

IKLAN

Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat memuji pasangan ini yang kelihatan cukup ‘sweet’.

“Okay Dia Tak Nangis Dah,” – Beri Hadiah Istimewa Buat Nabil Mahir, Sweetnya Ayda Jebat!

IKLAN

Sekadar informasi, Ayda mengakui menjalinkan hubungan percintaan bersama Nabil, November yang lalu.

Pasangan ini juga kerap kali berkongsi foto masing-masing di media sosial.

Video: Instagram Ayda Jebat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI